Ibu redah hujan hantar juadah di sempadan – Buat Netizen Sebak

Memang sebak apabila mengenangkan situasi itu, tapi apa boleh buat, perlu patuh pada prosedur operasi standard (S0P) ditetapkan,” kata pelumba motocross, Muhamad Adam Hassan.

Muhamad Adam, 29, memberi reaksi itu selepas vide0 dia dan ibunya, Aminah Abdullah, 63, tular di med1a s0sial ketika ingin menyerahkan juadah raya di sempadan Jalan Kampung Sena, Arau, Perlis dan Kodiang, Kedah.

Lebih menyentuh hati, menerusi rakaman itu ibunya sanggup meredah hujan semata-mata ingin memberikan bakul makanan berisi juadah raya itu buat anaknya.

@azyraazizy

yallah dapat tengok wajah ibu satu kenikmatan dunia ??jauhkanlah penyakit d muka bumi ni yallah ????

♬ original sound – #MBO#TM mukhtar – Teuku Mukhtar

Muhammad Adam berkata, rakaman dia dan ibunya itu dibuat petang semalam sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa di seluruh negara bermula hari ini.

“Ikutkan hati memang saya nak langkah saja sempadan itu dan memberikan payung pada ibu, tetapi disebabkan tidak mahu melanggar S0P, saya tidak berbuat demikian.

“Dalam waktu singkat itu, saya sempat bersalam dan cium ibu serta mengucapkan Selamat Hari Raya kepadanya,” katanya ketika dihubungi Harian Metr0, hari ini.

Kasih sayang seorang ibu.

 

Menurutnya, ibunya tinggal di Kodiang, Kedah dan mengambil masa 10 m1nit untuk sampai ke l0kasi sempadan itu manakala dia pula menyewa rumah di Kangar, Perlis.

Katanya, dia menyewa di Kangar sejak lebih lima tahun lalu kerana di situ adalah l0kasi latihan perlumbaan motocross.

“Setiap tahun pasti saya akan pulang ke rumah beraya dengan ibu dan bapa serta adik beradik lain, namun ini kali pertama tidak dapat pulang seperti sebelum ini.

“Lebih menyedihkan lagi saya beraya tanpa ditemani keluarga tahun ini di rumah sewa ini,” katanya.

Bercerita lanjut, anak keempat daripada lima beradik itu berkata, ibunya ke l0kasi sempadan Kedah dan Perlis itu dengan dihantar bapanya, Hassan Ibrahim, 61, menaiki kereta.

Katanya, bakul makanan diberi ibunya itu turut mengandungi juadah berbuka puasa selain juadah Aidilfitri iaitu ketupat dan kuih raya.

“Semalam, ramai yang menghantar kuih raya serta barangan di l0kasi sempadan itu, tetapi hanya saya seorang saja situasi berbeza apabila ibu beri juadah raya sedangkan sambutan Aidilfitri dua hari lagi.

“Hanya kakak sulung saja yang berada di rumah ibu manakala adik beradik lain tidak dapat pulang ke kampung kerana menetap di negeri lain,” katanya.

Menurutnya, dia kini tidak dapat meneruskan kerjayanya sebagai pelumba motocross disebabkan perlu mematuhi S0P tertentu dan memilih meneruskan punca pendapatan dalam perniagaan penjualan pr0duk k0smetik secara dalam talian bersama tunangnya, Nurazierah Azizy, 25.

Katanya, mereka memulakan perniagaan itu sejak empat bulan lalu dengan pendapatan yang hanya cukup untuk menampung k0s sara hidup sahaja.

“Apapun, saya bersyukur sekurang-kurangnya ada punca pendapatan daripada tiada pendapatan langsung,” katanya.

Terdahulu, perk0ngsian video kisah Muhamad Adam dan ibunya yang berdurasi 16 saat dan dimuat naik di aplikasi TikT0k oleh tunangnya itu mendapat perhatian warg4net sehingga ditont0n lebih 676,000 kali setakat ini.

Rata-rata warg4net turut meluahkan perasaan sedih tidak dapat pulang ke kampung berjumpa orang tua hampir dua tahun berikutan sekatan rentas negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.