Muhammad Salihin Mohd Sabri telah berjaya menyelesaikan kursus Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat di Colorado baru-baru ini menunjukkan sebuah kejayaan yang telah berjaya dicapai oleh anak tempatan Malaysia.
Berita yang telah dimuat naik di akaun Facebook rasmi U.S Embassy Kuala Lumpur ini sekaligus amat membanggakan rakyat Malaysia.
Salihin telah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa membantu serta menyokong usahanya selama ini menerusi laman Instagram miliknya.
Beliau menjadi individu keempat di Malaysia yang telah berjaya menamatkan kursus di United States Air Force Academy. Salihin yang menginjak usia 23 tahun ini seperti tidak percaya dan menurutnya juga dia sudah bersedia untuk berkhidmat dengan di Tentera Udara Diraja Malaysia.
Salihin menjadi kebanggan keluarga sekaligus menjadi kebanggaan besar buat Malaysia.
Salihin menghadiahkan kejayaan besar ini kepada orang yang paling disayanginya iaitu allahyarhamah ibunya yang telah meninggal dunia. Beliau pada masa yang sama berharap kejayaan ini juga akan membanggakan arwah ibunya.
Kami rakyat Malaysia amat berbangga atas pencapaian beliau dan jutaan tahniah kami ucapkan kepada Muhammad Salihin Mohd Sabri atas kejayaan yang amat bermakna ini. Harapan agar terdapat semakin ramai golongan muda Malaysia akan memperoleh inspirasi serta berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan besar yang boleh membanggakan negara kita di mata dunia.