“Salah Ke Parkir Depan Rumah?!” Pemilik Kereta Bengang Kereta ‘Disapu’ Lori Sampah.

Jika kita duduk di taman perumahan, sudah pasti kita mahupun jiran tetangga kita meletakkan kereta mereka di hadapan rumah masing-masing. Ia juga akan menyebabkan ruang pada jalan tersebut sempit akibat kereta yang diparkir pada kawasan tersebut.

Baru-baru ini telah tul4r video lori sampah yang didakwa melanggar sebuah kereta orang awam dilihat menimbulkan tanda tanya orang ramai dalam kejadian di Taman Desa Setapak, dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian pada waktu pagi itu, lori sampah milik syarikat pembersihan, Alam Flora Sdn Bhd tersebut pada mulanya dilihat masuk ke dalam sebuah lorong.

Difahamkan, pemandu lori berkenaan tidak dapat mengagak sama ada dia mampu melalui kawasan itu memandangkan laluannya yang sempit.

Akibat daripada itu, pemandu tersebut terlanggar bahagian sisi dan cermin sisi kereta berjenama Toyota Avanza yang sedang diparkir di lokasi kejadian.

Selain itu, pekerja pengutip sampah yang berada di lokasi mengarahkan pemandu berkenaan untuk mengundurkan kenderaan berat itu ke belakang.

Pada masa sama, lori itu sekali lagi dilihat melalui semula laluan di sebelah kereta sama tanpa melanggarnya dan berlalu pergi.

Video :

Video tular berkenaan dimuatnaik di laman TikT0k wacaooo, yang mendakwa bahawa lori tersebut melakukan tindakan langgar dan lari.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan lori berkenaan sebagai pengajaran kepada orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan di tempat sembarangan.

CEO of Introvert berkata: “Park sesuka hati, orang pun buatlah sesuka hati.”

Barz352 menulis: “Apa park situ, kalau aku bawa lori pun aku tak perasan cermin tu,”

Tambah crankycloud9: “Ini bukan hit and run. Dah terang-terang Avanza tu halang laluan.”

Kata mamaZ: “Nak salahkan lori sampah tak bolehlah. Dah memang tu laluan dia nak kutip sampah. Lagipun itu bukan tempat parking kan.”

 

Post Berkaitan

Leave a Reply