Sanggup berhenti dari dunia glamor. Arwaah Azmil Mustapha besar anak sampai hijrah ke Syrria.

Ditayangkan dipawagam pada 16 Februari 1985, filem Ali Setan yang mula merupakan filem romantik komedi arahan pengarah terkenal Jins Shamsuddin yang sangat diminati sehingga hari ini.

Filem tersebut jugalah yang menaikkan gandingan hero dan herooin dalam filem tersebut, Azmil Mustapha dengan penyanyi popular Fauziah Ahmad Daud.

Bagaimanapun, selepas 33 tahun filem itu menjadi bualan ramai, peminat dikejutkan dengan pemergian Azmil Mustapha yang meninggI dnia pada 14 Februari 2018.

Selepas pemergian Azmil Mustapha, kisah tentang hiidup dan penghijrahannya telah mula mendapat perhatian ramai.

Ramai peminat tahu bagaimana pelakon popular Allahyarham Azmil Mustapha berhijrah daripada dunia glamor tapi tidak ramai yang tahu arrwah juga seorang bapa yang penuh kasih sayang dan tabah membesarkan anak-anaknya seorang diri.

Menurut anaknya, Alya Iman, bapanya itu mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaganya yang ketika itu baru berusia 4 bulan bersama tiga adik-beradik yang lain sendirian.

” Dia bekerja keras di rumah untuk meraih pendapatan untuk memberi keperluan kami. Lima tahun dia berdoa pada Allah dan meminta petunjuk seterusnya, Allah memberikan jawapan dalam mimpi mengenai impiannya pergi ke Syria,” katanya menerusi Instagram Alya Iman, kira-kira 2 tahun lalu

Ujarnya, bapanya sanggup melakukan apa yang terdaya untuk mendapatkan wang sehingga membawa tiga anaknya berpindah ke Damascus, Syria.

” Pada masa itu tiada siapa tahu di mana Syria, setiap orang fikir dia gila untuk ke sana tapi dia lakukan apa yang Allah berikan petunjuk,” katanya.

Sambungnya, Azmil pada masa itu belajar agama dan budaya Arab. Pelakon popular menerusi filem Ali Setan ini juga tidak mempunyai pekerjaan untuk meraih pendapatan tapi percaya Allah sentiasa ada membantunya.

” Dia teruskan solat dan tidak berputus asa meskipun kami berdepan masa yang sukar yang perlu ditempuhi tapi ia suatu yang mencabar dan banyak perkara kami pelajari,” katanya.

Alya Iman memberitahu arwah bapanya dan dirinya sendiri suka menetap di Damascus yang digambarkan sebagai sebuah negara yang indah, mempunyai kebudayaan dan makanan yang sedap serta banyak memori bersama.

” Kami tidak mahu pulang ke Malaysia tapi selepas 6 tahun melalui kehiidupan penuh mencabar, kami tiada pilihan meninggalkannya dan kembali ke Malaysia kerana pep3rangan baru bermula dan ia tidak selamat untuk kami terus tinggal di sana,” katanya.

Alya juga sudah tidak asing di Malaysia. Beliau yang dikenali ramai sebagai model muslimah itu sering ke luar negara untuk shooting pelbagai jenama produk tempatan.

“Benar dia seorang model. Sekarang pun masih shooting lagi. Bukan sahaja di Malaysia, malah kerjayanya memerlukannya ke luar negara.”

Ini antara gambar anak Azmil Mustapha yang pastinya akan membuatkan ramai jejaka bergetar tulang rusuk kat luar sana.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.