Tiga Saudara Kembar Dari Palestina Ini Adalah Semuanya Penghafal Al-Quran, MasyaAllah

Tiga Saudara Kembar Dari Palestina Ini Adalah Semuanya Penghafal Al-Quran, MasyaAllah

Tiga Saudara Kembar Dari Palestina Ini Adalah Semuanya Penghafal Al-Quran, MasyaAllah. Hebat kurniaan tuhan kepada mereka bertiga.
Mempunyai nama yang indah Israa Othman, Alaa Othman dan Doha Othman. Mereka merupakan  remaja kembar yang berusia 18 tahun yang berasal daripada Tulkarem, Tepi Barat, Palestina. Mereka tahun ini belajar di satu kampus yang sama tetapi mengambil jurusan berbeza, Universitas Birzeit, bertempat di Ramallah.

Ketiga-tiga mereka bahkan bersekolah selama 18 tahun di kelas yang sama. Apabila melanjutkan pelajaran diuniversiti di saat ini sahaja mereka masing-masing mengambil jurusan yang berbeza iaitu teknik komputer, teknik arsitektur dan teknik sipil. “Ketiganya baru saja lulus dari sekolah menengah atas pada bulan Julai yang lalu, dan mendaftar mengambil program yang berbeza di universitas terkemuk4 Birzeit,” jelas mirajnews.

“Ini adalah untuk pertama kalinya kami tidak  duduk di kelas yang sama. Ini mungkin masih menjadi sesuatu yang agak j4nggal bagi kami kerana sebelum ini kami tidak pernah duduk di kelas yang berasingan. Tapi kali ini apabila menyambung pelajaran di Universiti, Kami memilih jurusan yang berbeza,” ujar Doha. Alaa pula menambahkan, “Kami selama ini pergi ke sekolah bersama-sama, pulang ke rumah bersama-sama, belajar bersama, melakukan pekerjaan rumah bersama-sama dan bahkan duduk ujian bersama dan hampir mendapatkan hasil ujian yang sama.

” Pada ujian akhir, mereka menempati rangking teratas, dengan nilai tak jauh berbeda, Israa 96,8 yang merupakan peringkat pertama, diikuti Alaa dengan rata-rata nilai 95,1 dan Doha 94,8. Apa yang menariknya adalah mereka semua adalah penghafal Al-Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.