Kuala Lumpur: Penyanyi, Ali XPDC mengakui dia kini adalah gol0ngan asnaf selepas lebih setahun tidak bekerja dan tiada sebarang pendapatan.
Ali, 53, atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail berkata, dia kini menerima bantuan sebanyak RM600 dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).
“Syukurlah LZS banyak membantu saya dan keluarga untuk meneruskan hidup kami. Terima kasih banyak-banyak,” katanya yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, kerana mengalami masalah semput dan lemah jantung sejak 2 September lalu.
Ali berkata, dia juga bersyukur kerana kos rawatan di PPUM itu turut ditanggung pihak LZS.
“Kalau nak harapkan saya memang tak ada duit nak membayarnya,” katanya yang mempunyai lima anak yang masih belajar.
Ali mengakui sejak penularan C0vid-19 dan sukar untuk bekerja, dia membuang rasa malu untuk meminta bantuan termasuk menerusi laman s0sial kerana memang amat terdesak.
“Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak LZS, indiv1du dan peminat yang banyak menghulurkan bantuan kepada saya,” katanya kepada Harian Metr0.
Dalam pada itu, Ali juga gagal menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI) di PPUM semalam kerana mengalami kesukaran bernafas.
“Pr0ses itu separuh jalan saja. MRI semalam saya tak lepas. Sekejap sangat. Saya tak tahan bernafas kat dalam itu.
“Jadi saya kenalah buat temujanji semula dengan doktor selepas ini pada masa lain. Apapun, alhamdulillah saya dah boleh balik petang ini dan berehat di rumah,” katanya.
Ali mula mengalami masalah semput sejak hujung 0gos lalu. Dia kemudian membuat pemeriksaan di PPUM sebelum ditahan di wad untuk rawatan lanjut pada 2 September lalu.
Malam tadi, satu majlis bacaan Yassin dianjurkan gol0ngan r0ckers era 1990-an yang dipimpin Ustaz Zulkefli Hamat bagi mendoakan kesembuhan Ali.
“Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat saya dengan bacaan Yassin semalam. Pagi ini saya rasa lapang sangat kerana berkat doa semua,” katanya.