Sekolah Gov Cikgu Garang2 Ke?~Baru Hari Ke 4 Pergi Sekolah,Cikgu Dah Wasap.Budak 5 Tahun Menangis Cikgu Tak Boleh Handle.

Sesi persekolah yang baru bermula pada pertengahan mac lalu secara bersemuka setelah hampir 3 tahun bergelut dengan sesi PdPr disebabkan kes covid yang melanda Malaysia . Jadi proses pembelajaran anak akan terjejas dimana pendidikan dirumah dan juga disekolah adalah tidak sama cara penyampaian dan pendekatan dari ibubapa.

Terbaru,menerusi perkongsian seorang ibu yang mengajukan pertanyaan secara public mendapat pelbagai reaksi dari warganet.

Ya allah sedih nye la, baru 4 hr anak sekolah cikgu dah wasap mcm ni, tak normal ke kanak² 5thn menagis ke sekolah ?? .
Budak 5 tahun di katenye tak de kesedaran nak belajar ?, sedih betul sampai mcm ni cikgu pandang ank sy.

Bukan sy tak ajar kat rmh, ajar ikut cara sy ,ia la sy bkn cikgu pon, takat blh tulis 1-20 mengenal abc menulis abjad itu pon kadng tebalik, ank sy tak pandai baca mcm budak² 5thn yg lain, tak layak ke nak masuk tabika perpaduan ni?.

Hari² sy pujuk dia pegi sekolah, .x meraung² cuma muka monyok, air mata mengalir. Tak normal ke kanak² 5 tahun mcm ni.
Sy pon tak tahu umur berapa kesedaran nak belajar kanak² unruk belajar ada.

Ape perlu sy buat ??
Sekolah kerajaan ank² ibu cikgu garang² ke ??
Ada low ke hanye budak pandai je blh msuk??
Tindakan ibu berkenaan dikatakan berani mencari jalan penyelesaian apabila dilihat meminta pandangan dan nasihat secara terbuka.





 

Part 2 :

Menitik air mata dpt wsap dr cikgu ni?..
Tadi dpt je wsap terus g amik ank kat tadika.. sampai terus ckp nk amik ank n maaf la cikgu ank sy buat cikgu stress. Mmg tak nk ckp ape² bincang ape² waktu mcm ni emosi x stabil , just nk amik ank je…

Ya allah cikgu baru 5hari sekolah, dia x biasa lg dgn suasana baru tanpa org yg dia kenal?.

Nak.hantar sek swasta terus terang sy ckp tiada kemampuan yg faham je faham.

Nak berhentikan sekolah?? Cam mne dgn pembalajaran dan pergaulan klu x dr sekarang kan? Nty 6y 7y same juga permulaan sekolah

Perlu ke stop kan sekolah dia ??? 6 tahn nty baru sekolah blik ??

Nak cakp lebih² buat tindakan lebih² kang kena pulak ,kate nye malu kan org kerajaan?

Rata-rata para netizen yang meninggalkan komen memberikan nasihat agar ibu berkenaan mengeluarkan anaknya dari sekolah berkenaan dan ada juga yang mengecam tindakan cikgu berkenaan yang dikatakan tidak professional .Tak kurang juga ada yang menyatakan cikgu berkenaan tidak layak untuk menjadi seorang cikgu .

apa kata anda ?? Tinggalkan komen anda di portal kami atau di facebook kami ImuslimNetwork.

Post Berkaitan

Leave a Reply