Senyum tak putus walau Pikul bebanan Sambil Mendaki, Khidmat Terbaik & Wira kepada para pendaki,…”BADANG” Kinabalu!

Kepada sesiapa yang pernah mendaki gunung kinabalu, sudah pasti mereka akan tahu tentang kemunculan atau kewujudan petugas-petugas yang membantu pendaki mengangkat barang dari bawah gunung sehingga ke atas gunung kinabalu. Namun petugas-petugas mengangkat barang ini tidaklah mengangkat terus ke puncak, namun hanya hingga ke peringkat2 tertentu, tapi memang agak tinggi dan mereka membawa dan memikul barangan agak agak berat. Bayangkan dengan hanya berjalan kaki!

Mereka ini Kuat serta Gagah dan Mereka Juga Wira Kinabalu,  Mereka adalah kebanggaan Kinabalu, Tanpa kehadiran dan khidmat daripada mereka Mereka, tidak Indahlah perjalanan pendaki menuju puncak Kinabalu. Tabik tinggi kepada mereka kerana Senyuman Tidak pernah Putus Walaupun Berat Bahu Yang Memikul. Pendaki yang melihat sudah pasti merasa terharu kerana mereka Sentiasa Memberi Semangat Kepada Pendaki. ‘Ndaaaa jauh lagi tu, sikit saja lagi bahhh. Sesungguhnya Terima kasih kepada mereka.

BADANG KINABALU…Porter Gunung Kinabalu ini bertugas menghantar barang – barang keperluan penginapan di Laban Rata, malahan barang – barang pendaki Gunung Kinabalu juga turut dibawa berdasarkan permintaan pendaki tersebut.

Satiu perkongsian video daripada seorang pengguna fesbuk ini amat menarik perhatian, pada masa yang sama membuatkan kita rasa terharu. Badang kinabalu yang bertugas mengangkat barang-barang pendaki berat naik ke gunung kinabalu tanpa mengeluh dan sentiasa tersenyum membuat sesiapa pun rasa kasihan namun kagum dengan kekuatan dan ketabahan mereka.

Bila porter gunung Kinabalu beraksi, kalau sesiapa ada pengalaman mendaki gunung Kinabalu, anda pasti akan teruja melihat kegagahan badang kinabalu ini naik-turun hanya untuk menghantar barang-barang keperluan ke Laban Rata. Barangan muatan yang dibawa pun bukan alang-alang!

Berat barang yang dibawa pun lain-lain, bahkan ada yang beratnya mencecah 50 kilogram.

Siapa-siapa saja yang ada pengalaman mendaki Gunung Kinabalu pasti akan teruja melihat kegagahan porter atau pembawa barang naik-turun sepanjang laluan gunung hanya untuk menghantar barang-barang keperluan ke Laban Rata, Gunung Kinabalu.

Muatan barangan yang dibawa oleh badang Kinabalu ini ada yang mengangkat tong gas, bahan mentah, kelengkapan serta barangan milik pendaki mengikut permintaan dan sebagainya.

Terima kasih BADANG KINABALU!!!!

Post Berkaitan

Leave a Reply