Seorang Ibu Bisu Nekad Terjun Jambatan Bersama Bayi Kerana Ditinggalkan Suami

Telah tul4r sebuah video yang memaparkan tindakan seorang wanita bergelar ibu yang mahu terjun ke sungai dari jambatan mencvri perhatian warganet.

Ketika kejadian, wanita berkenaan dilihat mengendong bayinya ketika bertindak mahu terjun dari jambatan tersebut.

Insiden itu sekali gus menyebabkan penduduk kampung dan pemandu yang melalui jambatan berkenaan berhenti untuk menenangkan wanita terbabit.

Dikongsikan di laman Fesbuk, kejadian itu hangat diperkatakan netizen.

Berdasarkan video tersebut, wanita terbabit dipercayai mahu melompat ke sungai apabila dilihat berdiri bersama bayinya di tepi jambatan.

Difahamkan, mangs4 seorang yang bisu dan telah ditinggalkan suaminya.

Susulan kejadian itu, laluan jalan raya bertukar sesak apabila ramai pemandu cuba membantu menyelamatkan wanita berkenaan.

Rata-rata penduduk cuba menghentikan perbuatan wanita tersebut meskipun kerap mengelak dan menangis tanpa henti ketika kejadian.

Video :

Namun, isu itu akhirnya berjaya diselamatkan apabila seorang lelaki berbaju putih pantas menahan dan menangkap wanita terbabit daripada terjatuh ke dalam sungai.

Mangsa kemudiannya disambut oleh beberapa lagi penduduk lain dan bayi itu juga dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Rata-rata warganet meninggalkan komen berhubung kejadian itu.

“Ya Allah nasib baik dia jatuh ke belakang, kalau jatuh ke sungai tak dapat bayangkan nasib dia dan bayinya,” kata ismaazzahrah90.

“Syukur berjaya diselamatkan, apa jua masalah dihadapi harap dapat diselesaikan oleh pihak keluarga mangsa, kasihan bayi itu tidak bersalah,” jelas argooners19.

“Ini semua disebabkan si suami yang tak guna, lalai menunaikan tanggungjawab kepada keluarga, kasihan bayi masih lagi kecil sudah kehilangan bapa,” tambah alexanderstevanu.

Identiti wanita tersebut masih belum diketahui dan belum ada sebarang laporan lanjut daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut.

Post Berkaitan

Leave a Reply