Seekor haiwan aneh ditemui sedang terapung di tengah laut. Haiwan besar itu dipercayai berenang sejauh 16 km dari pantai.
Kejadian Aneh Tapi Benar, Itulah Apa Yang Dijumpai Oleh Sepasukan T3ntera Laut Ini. Makhluk itu dilihat oleh kapal peronda t3ntera laut, sedang terapung dengan kepala tenggelam dan sepertinya sedang berusaha mengangkat kepalanya ke atas air agar dapat menghirup oksigen.
P3gawai J3batan Hidupan Liar juga dihantar untuk membantu menangani gajah tersebut. Mereka bekerjasama dengan Angkatan Laut untuk misi menyelamat yang tidak seperti biasa. T3ntera Laut melancarkan 0perasi menyelamat selama 12 jam untuk meny3lamatkan gajah itu.
Salah seorang angg0ta angk4tan laut naik ke belakang gajah dan mengikat tubuh mamalia tersebut dengan tali sebelum menariknya perlahan-lahan ke perairan cetek berhampiran pantai.
Jurucakap, t3ntera laut berkata, kami menjalankan operasi menyelamat selama 12 jam selepas gajah tersebut mengalami kesukaran untuk bertahan selepas hanyut di sekitar 8km dari pantai timur laut pulau itu.
jurucakap berkata, haiwan itu mungkin hanyut ke laut semasa menyeberangi lagun yang terletak di antara dua kawasan hutan.
“Mereka biasanya menyeberangi perairan cetek atau bahkan berenang untuk mengambil jalan pintas,” katanya.
Seorang p3gawai peny3lidik dari kumpulan pemulih4raan A Rocha, Avinash Krishnan, berkata kepada akhbar terkemuka bahawa gajah sebenarnya adalah perenang handal dan ia bukanlah sesuatu yang tidak biasa berenang untuk sampai ke daratan yang berbeza.
“Mereka perenang yang sangat baik. Berenang kira-kira 15 km dari pantai bukanlah tidak biasa bagi seekor gajah,” katanya.
Walaupun mereka boleh berenang apabila perlu, Krishnan berkata mereka sangat cepat letih kerana berenang membakar banyak tenaga mereka, jadi gajah ini bernasib baik kerana ia dijumpai kerana ia mungkin sudah keluar dari laut untuk masa yang agak lama.
Jom lihat video penuh di bawah:
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih