Rakaman Seorang Lelaki MeLayan karenah Anakmya Makan Dgn Serba Sederhana Tapi Kelihatan Sangat Bahagia dan gembira sahaja.
Tidak semestinya kita perlu pergi ke restoran mewah untuk bersama insan tersayang, jika bersantai di warung tepi jalan pun semestinya sudah cukup untuk luangkan masa berkualiti bersama sepertimana dilakukan lelaki ini bersama anaknya.
Kadangkala perkara yang nampak ringkas, sudah cukup untuk membuatkan kita bahagia. Yang Penting… bersyukur.
Si Ayah hanya tersenyum mesra melihat anak perempuannya itu dengan pandangan kebapaan tanpa nampak sedikit pun wajah atau sikap marah. Gelagat mereka itu telah menyentuh hati orang ramai yang mendoakan dua beranak tersebut. Begitu sabar dan bahagianya si Ayah bersama anak kesayangannya itu
Rakaman Kedua anak beranak ini telah dikongsikan seorang pengguna Tik Tok bernama @mummyyi. Dalam video berkenaan, kelihatan lelaki separuh abad itu menyuap anaknya makanan dipercayai sebelum itu mee telah jatuh ke lantai. Walau apapun Si Ayah tetap sabar dan tersenyum.