Nl Nak Pergl Terawlh Ke Halav 0rang Masjld. Rakaman Makclk Pergl Terawlh Bvat Ramal Terkejvt.
Solat terawih berjemaah di masjid adalah salah satu ibadah sunat yang dituntut dalam bulan Ramadan.
Setelah terpaksa men.inggalkan solat Terawih sepanjang Ramadan lepas, ramai yang bersemangat untuk melakukan ibadat itu pada Ramadan kali ini, walaupun dengan PKP yang masih berlangsung di seluruh negara jumlah jemaah yang dibenarkan menyertai solat berjemaah adalah bergantung kepada keluasan masjid.
Tidak ketinggalan juga adalah kaum wanita yang turut ingin merasakan nikmat Ramadan dengan berjalan ke masjid selepas berbuka puasa.
Namun seorang mak cik ini telah menarik perhatian ramai dengan cara yang digunakan untuk pergi solat terawih dalam sebuah video yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini.
Video yang dikongsikan oleh pengguna itu menunjukkan seorang wanita yang lengkap bertelekung meluncur menggunakan skateb.oard di atas jalan menuju ke masjid untuk menyertai solat terawih.
Namun oleh kerana kain telekungnya menutup skateboard yang dinaiki, wanita itu kelihatan terapung dalam gelap dengan kaki tidak mencecah tanah.
Ternyata penampilan wanita itu boleh diibaratkan dengan h.antu, sehingga ramai yang mengaku akan lemah lutut jika terjumpa dengan mak cik tersebut.
Reaksi Orang Ramai
Nasib makcik ni tak doh tempat aku kalau tak assalamualaikum lah.
D.asar makcik zaman sekarang..pakai telekung naik skate b.oard.
Dia kalau terus kedepan mmg makcik la tuu…tp klu trus terbang ke atas..bukan mkcik dh..tu ponpon.
Paduu makcik, ni dengan imam2 lintang p.ukang lari gini. Mau kne baling ngan selipar.