Haiwan peliharaan terutama anjing selalunya sensitive dan mempunyai perasaan yang kuat terhadap pemiliknya. Mereka mungkin boleh merasakan sesuatu yang tidak kena terhadap perlakuan pemilik terutama sekali jika pernah melalui sesuatu yang dahulunya pernah mengecewakan mereka.
Mungkin kerana masih teringat dan terkenang peristiwa sedih yang pernah berlaku sebelum ini membuatkan anjing atau haiwan peliharaan lain mengambil langkah untuk tidak lagi berhadapan situasi yang pernah mereka hadapi dahulu. Ia mungkins atu situasi yang meyeksakan dan amat sedih jadi perkara itu menjadi satu titik hitam dalam ingatan serta menambah trauma jika sesuatu yg pelik berlaku dihadapan mata mereka contohnya perlakuan pemilik. Kisah anjing dibawah ini mungkin akan memberikan kesedaran kepada semua pemilik anjing atau haiwan peliharaan untuk mempunyai lebih perasaan memahami.
Seorang Pemilik berasa Curiga yang Anjing Peliharaannya Yang Baru Dibawa Ke Rumah Tidak Pernah Tidur Malam Tapi Asyik Merenungnya Setiap Malam . Selepas Beberapa Ketika Dia Pun Membuat Keputusan Untuk Menyiasat Sebab Disebalik Kelakuan Pelik Anjingnya.
Pemilik ini membela anjing baka Golden Retriever yang diambil dari tempat perlindungan haiwan. Keluarganya juga sangat menyayangi anjing tersebut kerana ia begitu comel dan taat kepada mereka. Bagaimanapun, ketika waktu malam anjing itu mula berkelakuan pelik. Menurut tuannya, anjing itu akan tunggu di luar bilik tidurnya setiap malam dan merenung sehingga tuannya tidur.
Pada mulanya, lelaki itu beranggapan anjing tersebut berkelakuan sedemikian kerana tidak biasa dengan persekitaran baru. Namun, selepas beberapa lama, kelakuan pelik anjing itu masih tidak berubah. Sehinggakan, lelaki itu dihantui dengan pergerakan anjingnya pada waktu malam.
Bagi memastikan anjingnya tidur pada waktu malam, lelaki itu bermain dengannya pada waktu siang untuk menghabiskan tenaga anjing tersebut. Tetapi, usahanya ternyata sia-sia kerana anjing itu tetap mempunyai tenaga yang cukup untuk menunggu di pintu bilik dan melihatnya tidur.
Risau akan keadaan anjingnya yang mungkin mempunyai masalah kesihatan, lelaki itu membawanya ke klinik haiwan untuk menjalani pemeriksaan. Doktor kemudian memaklumkan bahawa anjing itu dalam keadaan yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah.
Tekad untuk membongkar misteri, lelaki itu pergi semula ke tempat perlindungan haiwan di mana dia mengambil anjing itu untuk mendapatkan jawapan. sehingga minggu lalu apabila ditanya kakaknya yang menyedari perubahan dirinya…
Selepas mengetahui tentang tabiat pelik anjing tersebut, pekerja di tempat perlindungan haiwan itu memberitahu lelaki berkenaan bahawa pemilik sebelum ini telah membawa anjing itu secara senyap dan menghantarnya ke tempat itu ketika ia sedang tidur.
Pemilik anjing itu sebelum ini terpaksa berbuat demikian kerana isterinya mengandung dan mereka tidak mampu untuk menjaganya lagi.
Bayangkan perasaan dia bangun tidur tiba-tiba ada dalam sangkar di tempat perlindungan haiwan…
Semenjak dibela, pemilik baru itu membuat spekulasi berdasarkan kisah lampaunya bahawa anjing itu tidak berani untuk tidur pada waktu malam kerana takut akan dihantar ke tempat lain seperti pemiliknya yang sebelum ini lakukan. Alahai kesiannya :'(
Lelaki itu tidak dapat menahan kesedihan dan menangis selepas mendengar cerita sedih di sebalik tabiat anjingnya itu.
Selepas pulang ke rumah, lelaki itu mengalihkan penghadang di pintu bilik tidurnya dan meletakkan katil anjing ke dalam biliknya supaya ia boleh tidur bersamanya pada waktu malam. Lelaki tersebut berharap dengan melakukan sebegitu, sekurang-kurangnya dia dapat memberi rasa selamat kepada anjing itu dan ia akan dapat tidur dengan nyenyak pada waktu malam.
Haiwan juga mempunyai perasaan. Janganlah kita melayan dengan teruk dan menganiaya haiwan.