“Janji Tutup Aurat”, Gadis Tak Kisah Kritikan Pakaian “Ala Makcik”

Alangkah manisnya kita melihat wanita muslimah bertudung dan memakai pakaian yang menutup aurat. Bukan sekadar cantik dan mengikut syariat, tetapi menutup apa yang tidak sepatutnya diperlihatkan kepada lelaki bukan mahram.

Namun, lain pula situasi dihadapi oleh gadis ini, di mana cara pemakaiannya ditegur oleh ‘netizen bawang’. Baru-baru ini, tular satu videonya di laman aplikasi TikTok yang dia membalas kepada statement orang yang mengutuk cara pemakaiannya.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Dikutuk style macam makcik-makcik kerana memakai baju dan seluar labuh dan besar.

Menerusi video tersebut yang kini mendapat lebih 148,000 tontonan di TikTok, gadis bernama Hafisya itu berkata dia tidak ada masalah dengan cara pemakaiannya kerana masih menutup aurat.

“Tak kisah pun macam makcik2 janji kita menutup aurat,” katanya.

Jika dilihat dari segi pemakaiannya, dia sememangnya seorang yang manis dan anggun dengan cara begitu. Mungkin keluarganya sudah mendidik untuk berpakaian imej muslimah.

Jadi, tidak ada salahnya kalau kita menjaga aurat kerana memang itu sepatutnya cara yang dituntut dalam Islam.

Mendapat kata-kata positif daripada warganet dan ramai yang memujinya cantik bila berpakaian seperti itu.

Selepas video tersebut tul4r dan mendapat perhatian ramai, Hafisya dihujani banyak sokongan positif dan malah, ada yang mula menutup aurat sepenuhnya selepas follow dia di TikTok.

Ramai lelaki juga turut berkata gaya wanita muslimah adalah sememangnya idaman setiap lelaki yang ingin menjadikan seorang wanita sebagai isteri.

Antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image from @fisya00 (TikTok)

Image via @fisya00 (TikTok)

Image from @fisya00 (TikTok)

Image via @fisya00 (TikTok)

Image from @fisya00 (TikTok)

Image via @fisya00 (TikTok)

Image from @fisya00 (TikTok)

Image via @fisya00 (TikTok)

Image from @fisya00 (TikTok)

Leave a Reply

Your email address will not be published.