Orang Dulu2 kata, bila anak sudah membesar dan usia telah meningkat pastinya tidak terfikir untuk menambah anak lagi. Namun, orang kata anak itu rezeki siapa sangka akan bertambah selepas anak-anak mula hidup sendiri.
“Kenapa keluar lambat sangat?”
Itulah yang dilalui gadis ini apabila tidak sangka status sebagai anak tunggal selama 21 tahun akhirnya di rampas oleh adik yang baru lahir.
Menerusi satu perkongsian di TlkTok oleh pengguna dikenali sebagai ©amierahadid_ apabila memaparkan dirinya sedang mendukung adiknya.
Dalam video tersebut juga, dia memaklumkan bahawa adiknya itu selamat dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu. Malah, dia juga dilihat begitu selesa mengasuh adiknya itu walaupun di khalayak ramai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat perkongsian berkenaan. Malah, ada juga seakan mencari peluang untuk berkenalan dengan gadis tersebut.Bahkan, ada juga yang berseloroh bahawa menganggap bayi yang didukung itu adalah anaknya.
Bertukar jadi anak tiri
Macam anak sendiri
Dapat jadi abang ipar baby pun okay
Mesti adik tidur dengan kakak
Sumber : Onviral
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih