Tuan Salah Beli Makanan, Reti Pulak Kucing Ni Merajuk…. Comel!!

Setiap individu yang memiliki kucing peliharaan tentu sudah cukup faham dan selamba dengan kerenah kucing mereka yang ada kalanya pening untuk dilayan mengalahkan kawan2 sendiri. Gelagat seekor kucing berwarna oren atau si oyen ini yang merajuk sehingga membuatkan pemiliknya pening dibuatnya.

Semuanya gara-gara pemiliknya yang tersilap membeli makanan kegemaran kucingnya itu sehingga membuatkan si oyen merajuk. Gelagatnya yang merajuk ini turut mencuit hati netizen di mana ramai rupanya yang pernah melalui situasi yang sama.

Menerusi Video perkongsian, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat si oyen yang merajuk disebabkan kesilapannya yg tersalah beli makanan kegemaran kucingnya itu di mana dia membeli perisa makanan yang lain.

Marah dengan apa yang terjadi, kucing itu kemudiannya mungkin memilih untuk duduk di hadapan peti ais itu seolah-olah ingin menghalang sesiapa yg mahu membukanya. Si oyen kekal tidak berganjak dari situ walaupun semasa diminta oleh pemiliknya ini.

Pemiliknya juga turut sama KETAWA melihat gelagat kucing ini yang merajuk dengan apa yang terjadi. Ada juga netizen yang berseloroh mungkin juga kucing itu ingin membalas dendam dan membiarkan pemiliknya sama-sama berlapar sepertinya.

 

Post Berkaitan

Leave a Reply