Cerita WNI Berhijab Asal Bandung yang Sukses Bekerja di Perusahaan Elon Musk
Ars-Vita Alamsyah merupakan Seorang Wanita yang berasal dari Bandung yang mana telah cemerlang dalam meniti kerjaya yang dinikmati di syarikat milik Elon Musk, SpaceX. Vita adalah salah seorang daripada Jurutera atau rekayasawan yang bertanggung jawab terhadap rantai pasukan di syarikat Space-X.
Dipetik dari berita Indonesia, pada15 Mei 2022, percaya pada diri sendiri merupakan kunci kecemerlangan Ars-Vita Alamsyah setiap kali mengambil pelbagai peluang dalam hidupnya dimana dia mengaku yang pada awalnya tidak pernah sekalipun mempunyai target untuk bekerja di perusahaan Elon Musk tersebut.
“Ini bukan sesuatu yang sejak awal saya targetkan, tapi tentunya sangat bagus menjadi sebahagian dari syarikat ini,” kata Vita iaitu nama panggilannya.
Kerjaya Vita di SpaceX bermula selepas dia lulus dengan memperolehi Ijazah sarjana dari University of Maryland dalam jurusan Teknik Mesin pada 2017. Dia kemudian bekerja di Northrop Grumman iaitu sebuah syarikat teknologi pertahanan Amerika. Di syarikat itu, dia bertanggungjawab mengatasi isu rantai pasukan global.
Setelah Tiga tahun berlalu, Vita melanjutkan pula pendidikannya ke Massachusetts Institute of Tehcnology (MIT) dengan mengambil master dalam ilmu terapan bidang pengurusan dimana dia akhirnya bergabung dengan SpaceX pada ogos 2021 sebagai supply chain reliability engineer.
“Ya, ini waktu yang sangat menarik untuk berkecimpung dalam industri luar angkasa, dan sejujurnya itu bukan minat langsung yang saya bangun sejak kecil,” ujarnya.
Meski demikian, Vita memang selalu memiliki rasa ingin tahu yang tinggi mengenai proses pembuatan dan pemprosesan suatu benda sejak dulu lagi.
Dunia yang diceburi oleh Vita masih lagi secara kasarnya didominasi kaum lelaki. Namun menurut Vita, di syarikat tempatnya bekerja, kesamarataan gender adalah diperhatikan. Dia melihat bahawa peluang dalam bidang yang diceburinya kini nampak semakin terbuka luar untuk kaum wanita juga.
Vita memiliki rutin kerja harian yang cukup fleksibel di SpaceX. Dia harus melakukan aktiviti coding dan analisis data, dan bebas menentukan jam kerjanya.
Vita dan rakane sepejabatnya juga dengan gembira mempamerkan identiti dirinya yang berhijab termasuk identitinya sebagai seorang wanita Muslimah. “Saya rasa saya tidak takut untuk berterus terang menunjukkan jati diri saya seutuhnya, berhijab, berbeda dari yang lain,” ujarnya.