SETIAP pasangan pastinya ada cara tersendiri dalam memberi dldikan buat anak-anak.
Begitu juga dengan us4hawan wanita ini apabila dia dan suami mendldik anak-anak mengenai kepentingan menutup aurat sejak kecil lagi.
Malah, video dikongsi Amiera Baharudin, 34, memaparkan empat daripada lima anaknya yang berpakaian menutup aurat termasuklah si kecil berusia dua tahun yang mengenakan niqab turut mencurl perhatian ramai.
Bercerita kepada satu laman web terkenal, dia yang mesra disapa Amiera mengakui anak sulungnya yang berusia 11 tahun, Cyrus Dzulqarnain banyak mengubah cara dia mendldik adik-adiknya yang lain.
“Saya sebenarnya tak pernah kongsi secara terperinci, tapi ia bermula dengan anak sulung saya. Dia seorang yang kuat memb3rontak, budak-budak ada ‘angin’ masing-masing, dia l4hir pram4tang.
Tiga putera dan dua puteri usah4wan itu.
“Bila dia terlampau manja, jadi keras kepala. Bukanlah dia tak dengar kata, tapi saya banyak kena mengalah dengannya. Jadi saya hantar dia ke sekolah islamik.
“Ustazah dia cakap kepada saya, sebenarnya dia tak boleh didldik dengan kek3rasan, tapi kelembutan. Anak kecil ni kena bertegas dengan cara lembut.
“Saya sebagai mak dia, nak ubah dia, kena ubah diri saya dulu. Cara percakapan kena lembut, tak boleh m4rah tak tentu pasal dan sebagainya.
“Ada orang kata terlalu awal, bagi saya itu cara masing-masing. Saya tak paksa, tapi saya 4jar mereka”. AMIERA
“Bermula dari situ juga saya wujudkan suasana islamik dalam rumah supaya anak kedua dan seterusnya tak buat p3rangai macam dia. Along the way sampai sekarang, dia adalah leader kepada adik-adik yang lain,” ujarnya.
Menurut Amiera lagi, penting untuknya memastikan anak-anak didldik mengenai aurat biarpun mereka belum dewasa lagi.
Namun katanya, dia tidak mengambil pendekatan memaksa, sebaliknya memberi contoh teladan kepada mereka sehingga pemakaian itu menjadi kebiasaan yang dilakukan dengan keikhlasan hati sendiri.
Amiera mewujudkan suasana islamik di rumah dalam memberi dldikan buat anak-anaknya.
“Macam mana adik kecil yang lelaki tu boleh pakai jubah dan kopiah? Sebab dari cara dldikan dan contoh kita sendiri.
“Macam mana anak perempuan saya pakai niqab? Sebab saya sendiri yang pakai. Tapi ia bukan wajib pun. Mereka pun bukanlah berjubah sepanjang masa, cuma bila keluar akan pakai pakaian yang menutup aurat.
“Yang dalam video viral tu sebab baru lepas photoshoot. Sebab tu anak saya pakai niqab. Anak tengok apa yang saya pakai.
Amiera banyak berkongsi mengenai anak-anaknya menerusi aplikasi TikT0k.
“Anak perempuan saya yang pertama tu, seawal usia tiga bulan saya dah pakaikan tudung. Masa tu baru mula meniarap.
“Ada yang bagi tanggapan n3gatif, tapi saya ambil sebagai cabaran. Dulu pernah orang k3cam di Inst4gram.
“Dia kecik lagi kut, Ibu tak kesian ker dia panas dalam tuh. Itupun takleh fikir ke?” – Netizen.
“Pada saya, kita dldik anak-anak dengan cara kita. Ada orang kata terlalu awal, bagi saya itu cara masing-masing. Saya tak paksa, tapi saya 4jar mereka,” ujarnya yang sudah 12 tahun mendirikan rumah tangga.
Anak-anak Amiera turut menerima pujian netizen di media sosial.
Ujar Amiera lagi, akaun TikT0k viral itu pada mulanya didaftarkan untuk tujuan pr0mosi bisn3s pakaian muslimah yang diusah4kan dengan suaminya, namun tanpa semena-mena ia berubah menjadi platform perkongsian mengenai tip dldikan anak-anak.
Malah, rata-rata netizen di ruangan komen turut memberi respon p0sitif dan memuji cara pemakaian anak-anaknya.
Selain Cyrus Dzulqarnain, Amiera dikurniakan empat lagi cahaya mata iaitu Hannah Zulaikha, 8, Thowus Dzakwan, 4, Maria Al Qibtiyyah, 2, dan Ezra Uzayr, 9 bulan.