Dalam waktu yang sukar ini, pelbagai usaha dilakukan oleh setiap orang untuk mendapatkan rezeki yang halal. Tidak semua dari kita bernasib baik lahir dari keluarga yang berada. Ada ramai diluar sana berhempas pulas setiap hari demi meneruskan kelangsungan hidup.
Mereka melakukan pelbagai pekerjaan yang halal untuk dibawa pulang buat keluarga yang setia menunggu dirumah.
Walaupun kadang kala jumlah yang diperolehi hasil penat lelah tidak memadai dengan kudrat yang dikeluarkan, namun ia sudah pasti membahagiakan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook oleh seorang pengguna bernama KakSah Katering Besut, beliau telah berkongsi satu video seorang lelaki warga emas berniaga di sebuah gerai tepi jalan.
Berusia 78 tahun masih gigih buka gerai
Video tersebut memaparkan kegigihan seorang warga emas yang berusia 78 tahun mencari rezeki dengan menjual air tebu.
Sayu melihat keadaan warga emas ini yang sudah berusia, namun masih gigih mencari rezeki untuk menampung kehidupannya.
Menerusi video yang dikongsikan, warga emas yang dipanggil ayoh ini memesin tebunya sendiri untuk jualan. Malah, dia berniaga seorang diri tanpa dibantu oleh sesiapa.
Masih Berusaha Mencari Duit
Posting tersebut tular di media sosial apabila pengguna Facebook itu mengajak orang ramai membeli air tebu jualan warga emas terbabit.
Difahamkan, lelaki tua itu sedah berniaga lama di kawasan tersebut dan kembali membuka semula gerainya yang berhampiran dengan restoran makanan tempatan.
Mari pakat-pakat singgah
Video yang telah dimuat naik itu mendapat perhatian warganet apabila dalam masa sehari sahaja, lebih daripada seribu perkongsian semula dan ratusan komen diterima oleh pengguna Facebook tersebut.
Rata-rata mereka mendoakan agar perniagaan warga emas itu terus dimurahkan rezeki dan mengajak orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut menyokong perniagaannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat warga emas itu semua dimurahkan rezeki.
Mereka juga turut mengajak orang ramai supaya menyokong dan membantu perniagaan warga emas tersebut.