Alhamdulillah Murah Rezeki Dato’ Fazley Yaakob, Sempena hari lahir edar makanan buat rider & orang awam

Sempena sambutan hari lahirnya yang ke-43 semalam, pelakon dan chef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob berbesar hati untuk memberi sumbangan 100 pek makanan buat rider dan orang awam.

Menurut pemilik nama Ahmad Fadzli Yaakob itu, sepanjang sesi penyerahan dia berjumpa dengan bermacam orang antaranya peminta sedekah, penjual tisu, para gelandangan dan ramai lagi.

Usaha murninya itu dikongsikan menerusi laman sosial Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)


“Sempena Ramadan dan ulang tahun saya yang ke-43, saya bersama team restoran saya @malamala_my menyediakan 100 bungkus makanan buat rider dan sesiapa sahaja yang berada di kawasan saya pergi.
“Saya berniat nak bagi makan untuk berbuka puasa. Dalam masa singkat tu dapat beramah mesra dengan ramai orang. Buat saya rasa happy sangat,” luah Fazley di ruangan kapsyen.
Happy birthday! Semoga sentiasa murah rezeki
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan pelantun lagu ‘Asmara Ini’ itu dan mendoakan agar dirinya dimurahkan rezeki sentiasa.

Syabas Datuk!

Rezeki diorang merasa masakan Fazley

Fazley mendirikan rumah tangga bersama isteri Azrene Soraya Abdul Aziz pada tahun 2006. Sehingga kini pasangan itu dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Fazley Yaakob

Leave a Reply

Your email address will not be published.