Kucing berwarna oren ini memang sangat terkenal dengan bermacam2 karenah. kali ini kita lihat kisah ketabahan seekor oyen yang sangat kuat semangat untuk terus hldup walau selepas dilanggar lari. Kucing tinggal ny4wa-ny4wa ikan selepas dilanggar lari, pemilik kongsi bagaimana Allah hantar seseorang ‘tepat masanya’ selamatkan Oyen
BERPANTANG m4ut sebelum 4jal!
Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan situasi kucing peliharaan pemuda ini apabila terselamat walaupun mengalami kec3deraan p4rah akibat dil4nggar kenderaan.
Siapa sangka, daripada ny4wa-ny4wa ikan, kucing yang bernama Oyen ini akhirnya beransur pulih dan kembali aktif sungguhpun keadaannya berbeza berbanding sebelum ini.
Mengimbas kembali insiden yang menimpa Oyen, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Edy Luqman berkata, dia hanya mengetahui keadaan yang menimpa si bulusnya selepas dimaklumkan oleh seorang budak lelaki.
“Waktu itu lebih kurang pukul 8.30 malam, tiba-tiba terdengar ada suara orang beri salam di pintu. Abang saya buka, dan ada budak lelaki beritahu Oyen kena l4nggar. Memang terkejut dan cemas kami dibuatnya.
“Budak lelaki tu tahu itu kucing peliharaan kami. Kami cepat-cepat pergi, lokasinya depan rumah saja. Waktu tu Oyen berIumuran d4rah di muka… keadaannya ny4wa-ny4wa ikan sebab pend4rahan yang teruk.
“Kami puas fikir kllnik veterinar mana yang buka lagi sebab dah malam. Ahli keluarga saya tanya kawan-kawan serta kenalan mereka.
“Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan… akhirnya jumpa kllnik yang masih beroperasi,” ujar pemuda berusia 26 tahun ini.
Senang disapa sebagai Edy, pemuda ini berkata, d0ktor veterinar memaklumkan Oyen mengalami kec3deraan p4rah pada muka, di mana tulang rahangnya retak selain terdapat pend4rahan.
“Kami berharap Oyen dapat dis3lamatkan dan cuba ikhtiar mana yang boleh. Tiga hari juga Oyen di kllnik. Waktu dah dibenarkan keluar, Oyen masih lemah.
“Oyen tak boleh berjalan, makan atau bangun. D0ktor kata Oyen mungkin ambil masa lama untuk pulih. Tapi kami ikhtiar, buat terapi. Kami selalu urut kaki Oyen dan jaga betul-betul. Macam jaga orang dekat IC U.
“Alhamdulillah, tak sampai seminggu pun, Oyen tunjukkan progres yang cepat. Bila bawa ke kllnik untuk rawatan susulan, d0ktor pun tak sangka Oyen tunjukkan perkembangan dalam jangka masa yang agak cepat.
“D0ktor kata Oyen sememangnya kucing yang sangat kuat,” ujar Edy sambil menambah si bulusnya itu merupakan baka kacukan Parsi dan American Curl.
Sebulan berlalu selepas insiden berkenaan, Edy yang juga lepasan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari P0liteknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (P0limas) Jitra, kedah berkata, keadaan Oyen kini 80 peratus pulih daripada kec3deraan yang dialaminya.
Bercerita lebih lanjut, Edy berkata dia sememangnya seorang pencinta kucing dan berkongsi minat yang sama dengan ibunya.
Kini keluarganya memelihara 26 ekor bulus yang terdiri daripada pelbagai baka termasuk baka kampung.
“Sekarang ada 26 ekor termasuk Oyen. Itu pun ada yang bagi dekat orang dan ada yang m4ti. Ada yang nak beli tapi kami tak pernah jual sebab tak tergamak. Saya dengan mak memang minat kucing.
“Sama seperti kita jaga kereta, macam itulah juga kita jaga maintenance kucing-kucing,” ujarnya yang menetap di Sungai Petani, Kedah.
Tidak menyangka perkongsiannya mengenai Oyen meraih sehingga melebihi 306,000 jumlah tontonan, Edy berkata dia begitu terharu dengan komen-komen yang dilontarkan netizen.
“Terlampau banyak komen dan ada yang tak sempat baca serta balas. Terharu sangat ramai yang doakan saya dan Oyen. Saya doakan semoga doa yang sama berbalik kepada mereka.
“Saya sama sekali tak sangka video tu boleh viral. Di sini, saya nak ucapkan terima kasih kepada d0ktor yang mer4wat Oyen dan adik yang jumpa Oyen malam tu. Kalau dia tak nampak, mungkin umur Oyen tak panjang. Allah hantarkan dia untuk selamatkan Oyen.
“Untuk para pencinta kucing pula, apa yang boleh saya kongsikan, peliharalah haiwan peliharaan kita seikhlas hati. Bohonglah kalau tak k3ncing b3rak merata.
“Tapi layankan saja perangai si bulus. Benda itu biasa. InsyaAllah, mudah-mudahan mur4h rez3ki kita bila berkongsi r3zeki dengan haiwan,” ujarnya lagi.