Anak Fasha Sandha, Cair Melihat Keletah Aisha

Kehidupan seorang selebriti sudah semestinya sentiasa mendapat perhatian orang ramai terutama para peminat. Apatah lagi jika mereka sudah mempunyai cahaya mata dimana perhatian warganet akan mula beralih kepada anak kepada selebriti-selebriti kesayangan mereka.

Merakam setiap detik wajah serta gelagat bayi kesayangan sudah menjadi lumrah bagi setiap ibu bapa di zaman moden ini. Gelagat-gelagat yang tidak disangka pasti akan dirakam. Setiap detik pengalaman bersama anak terutama gelagat comel dan lucu anak akan dirakam sehingga penuh memori telefon.

anak fasha sandha
Gelagat comel Aisha Amaira sambil didukung oleh ibunya, Fasha Sandha.

Pelakon popular, Fasha Sandha tidak ketinggalan turut sama berkongsi video telatah comel anak bongsunya bernama Aisha Amaira Aidil Aziz yang baru memasuki usia setahun.

Aisha Amaira dilahirkan pada 7 Ogos 2020 membesar dengan sihat dimana kita boleh lihat wajah Aisha yang dikongsikan oleh Fasha kelihatan amat comel sekali, persis kecantikan ibunya. Wajahnya yang comel diwarisi dari kedua-dua ibu dan ayahnya yang semestinya menarik.

anak Fasha sandha
Wajah comel Aisha yang boleh buat hati cair kepada sesiapa yang melihatnya.

Dalam sebuah posting yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Fasha memberitahu yang Aisha kini sudah berusia 9 bulan. Wajah comel puteri Fasha dan Aidil yang dilahirkan pada Ogos tahun lalu ini selalu mendapat tumpuan para warganet sampaikan terdapat ramai yang menghantar direct message (DM) untuk meminta Fasha memuat naik video terkini keletah si comel Aisha.

Baca juga : Ramai Yang Tidak Sedar, Inilah 7 Sebab Kenapa Hilangnya Rezeki Suami Isteri Dan Keluarga

Ada juga komen-komen dari warganet yang meminta Fasha untuk menambah lagi anak-anak yang comel.

“Alamak! Masih belum sampai masa lagi lah sis. Aisha masih kecil, kasihan dia. InsyaAllah lagi dua, tiga tahun”, balas Fasha terhadap komen tersebut.

“Gebunya Aisha….”

“Comel Sangat, ikut muka Ibu dan ayahnya”…

 

Rata-rata daripada warganet teruja melihat kecomelan anak fasha sandha ini yang semakin membesar, sihat dan comel. Kecomelannya sudah pasti diwarisi dari wajah cantik ibunya.  Aisha nampak sangat manis, jika kita melihat sahaja video gelagatnya sahaja pun boleh senyum sampai telinga, siapa-siapa pun boleh jatuh hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published.