Apakah Tujuan Mereka? Pemilik Rumah Didatangi Pasangan Tak Dikenali, Di Tengah Malam Buta…

Rumah Didatangi Pasangan Tidak Dikenali Pada Waktu Malam, Pemilik Rumah Terkejut Dengan Tujuan Kedatangan Mereka

Apakah perasaan anda jika tiba2 ada orang yang tidak dikenali datang ke rumah pada waktu tengah malam? Terkejut? Panik? Sudah semestinya anda akan rasa cemas dan berdebar-debar? Betul? Lagi2 jika anda tidak tahu apa sebenarnya tujuan mereka. Takut-takut kalau mereka ada niat yang tidak baik.

Seorang lelaki bernama Francis Liew telah berkongsi tentang kisah rumahnya yang didatangi orang yang tidak mereka kenali di waktu tengah malam atas sesuatu tujuan yang sangat tidak mereka jangka. Francis serta keluarga telah dikejutkan dengan bunyi loceng rumah pada jam 11.55 malam sebelum mengetahui dua orang yang tidak dikenalinya serta sebuah teksi berada di hadapan rumahnya pada 4 Januari lalu. Memang terkejut apatah lagi orang itu memang tidak dikenali.

Namun, mereka bukanlah berniat jahat atau ingin meminta pertolongan sebaliknya hanya melakukan satu kebaikan yang tidak mungkin dilakukan oleh sesetengah orang.

“Apabila menyedari tujuan mereka datang ke rumah, saya sangat terkejut dan hanya mampu berterima kasih dengan rendah diri dan menghargai tindakan mereka itu.” katanya.

Melalui status Facebook, Francis kemudian menerangkan bahawa pasangan itu datang menaiki teksi untuk memulangkan dompet anak perempuannya yang tercicir di dalam teksi.

“Pasangan yang tidak saya kenali ini datang menaiki teksi (berbeza dari yang dinyatakan), membawa anak kecil yang mengantuk pada waktu hampir tengah malam, hanya untuk memulangkan dompet anak perempuan saya yang tercicir kira-kira satu jam yang lalu.” kata Francis.

Mulanya Francis memberitahu beliau serta anak perempuannya perasan kelibat keluarga kecil itu ketika turun daripada teksi yang berlainan daripada yang mereka naiki untuk ke rumah beliau..

Francis sangat bersyukur kerana dompet berkenaan ditemui oleh pasangan yang baik hati itu memandangkan anaknya hanya berada di Malaysia selama sebulan sebelum pulang semula ke United Kingdom. Jadi bayangkan kepayahan perlu dilalui jika kad bank, kad pengenalan dan kad-kad yang penting hilang?

Selepas memulangkan dompet itu, pasangan tersebut bagaimanapun enggan menerima apa-apa daripada Francis sebagai tanda berterima kasih daripadanya dan keluarga.

“Mereka menolak untuk menerima sebarang hadiah atau saguhati daripada saya sambil mengucapkan selamat tinggal dan saya pula hanya berdiri tegak dan melambaikan tangan kepada mereka.” katanya lagi Kehairanan dan berasa sangat terharu.

Seseorang yang mengalami nasib yang baik seperti Francis sudah tentu akan merasa tidak kena jika tidak memberi apa apa sebagai tanda terima kasih kepada pasangan itu. Francis lalu berlari keluar dari rumahnya tetapi pasangan itu sudah tiada di hadapan rumahnya.

Namun, beliau kemudian ternampak sebuah teksi berwarna kuning berdekatan rumahnya. Wanita itu sudah berada di dalam teksi tersebut manakala suaminya itu baru ingin memasukinya. Francis tanpe berlengah lagi, terus berlari menuruni bukit sambil menjerit kepada lelaki itu memintanya untuk menunggu.

Disebabkan pasangan itu tetap menolak untuk menerima pampasan darinya, Francis terpaksa mengambil inisiatif lain untuk berterima kasih kepada mereka.

Mereka tetap menolak untuk menerima sesuatu tanda penghargaan saya tetapi saya memberikannya kepada pemandu teksi tersebut yang dalam kebingungan. Selepas menjelaskan kepadanya apa yang telah berlaku, saya mengarahkannya untuk memotong tambang daripada jumlah yang saya beri dan memberikan baki kepada pasangan itu.” kata Francis.

Selepas status Francis menjadi viral, beberapa netizen yang merupakan rakan kepada pasangan berkenaan memberitahu namanya. Lelaki bernama Solih Ansori serta isterinya itu berasal dari Jakarta, Indonesia. Semoga lebih ramai lagi orang seperti lelaki ini. Sikap terpuji lelaki ini dan pasangannya memang kita patut contohi. Sangat baik budi pekertinya, jujur & boleh dipercayai.

Apapun, tidak semua orang mengalami atau bernasib baik berjumpa dengan orang yang sangat baik. Anda tetap dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika ada orang yang tidak dikenali datang ke rumah terutama kalau anda berseorangan sebab tidak semua orang berniat baik seperti pasangan ini.

Post Berkaitan

Leave a Reply