Ibu Dah Pergi Buat Selamanya, Sekarang Ayah Uruskan Sampai Tersalah Beli Baju Sekolah
Gelagat dan juga tindakan seorang pelajar memakai baju kemeja sekolah sehingga paras lutut telah mengundang reaksi pelbagai pihak selepas video mengenainya menjadi tular.
Didalam video TikTok itu, seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Abu Bakar, Lepai, Farrah Norashikin Juhari telah dilihat tengah memperkemaskan dan memperbetulkan kemeja besar yang dipakai oleh anak muridnya yang dipanggil Jebat.
Menurut Farah, tindakan pelajarnya itu yang memakai pakaian seragam bersaiz besar itu adalah disebabkan oleh bapa jebat tersilap membeli saiz baju untuk jebat.
“Selepas menyedari keadaan itu, saya bawa Jebat ke tandas untuk betulkan kemeja putihnya itu dan tengok bajunya itu bersaiz XL”.
“Dia kemudian beritahu telah tersalah pakai baju abangnya tetapi sebenarnya ayahnya tersalah beli baju bersaiz besar”.
“Jebat juga ada abang di tahun dua dan kakak di tingkatan empat,” kata Farah.
Farah menambah yang Jebat bersama dua orang beradiknya kini tinggal bersama nenek mereka di Kampung Teluk dimana bapa mereka bekerja sebagai pemandu lori.
Nenek Jebat bernama Roziah memberitahu yang dia sebenarnya tidak sempat memperbetulkan baju Jebat mengikut saiz badan cucu kesayangannya itu.
“Ayah mereka beli baju seorang dua pasang, bila bawa balik rumah tengok tidak muat jadi pergi semula ke kedai dan tukar. Tetapi terbeli pula saiz besar dan minta saya kecilkan tetapi tidak sempat,” ujar Roziah
Sehubungan dengan itu, Guru Besar SK Haji Abu Bakar, Wan Zainah Wan Nawawi memberitahu yang pihaknya akan membelikan pakaian seragam sekolah yang baharu buat Jebat pada beberapa hari lagi.
Perkongsian video Cikgu Farrah di laman TikTok ini telah menjadi viral dan tular dimana ia mencur1 perhatian orang ramai yang menceritakan kisah sedih pelajarnya. Pelajarnya yang bernama Jebat ini kelihatan masih cekal walaupun diuji sebegitu rupa.
Kita dapat lihat menerusi video yang dikongsi menunjukkan seorang pelajar lelaki memakai kemeja sekolah berwarna putih namun, saiz baju tersebut dilihat begitu besar dan tidak dimasukkan secara kemas. Rata-rata daripada netizen juga berasa amat sedih dengan keadaan jebat.
Apabila terserempak dengan Jebat, Cikgu Farrah terus bertindak mengajak pelajar berkenaan menuju ke tandas untuk membantunya memasukkan baju ke dalam seluar.
Apa yang lebih menyedihkan dan meruntun hati, ibu kepada Jebat baru sahaja pergi menghadap Ilahi pada bulan November tahun lalu kerana wabak CvdI9. Jebat dan adik beradiknya diuruskan oleh Nenek, Ayah serta kakaknya sejak pemergian Arwah Ibu.
Terima kasih atas doa semua buat Jebat. Ibu kesayangan Jebat telah pergi buat selamanya sebab cvd. Semoga Jebat menjadi seorang anak yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara ya. Diharap agar jebat tidak bersedih dan sentiasa gembira.
Video perkongsian yang meraih lebih 1.4 juta tontonan ini mendapat pelbagai respon dan reaksi daripada netizen. Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet turut seb4k dengan kisah yang dikongsi dan ada yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan kepada pelajar tersebut.