Kematian yang amat dicemburui orang ramai. Bekas bomba meninggal dunia ketika solat di masjid

Kematian yang amat dicemburui. Inilah yang berlaku pada seorang pesara bomba apabila beliau meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat selepas solat Isyak berjemaah di Masjid Al-Ghufran di Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid.

Arwah yang lebih dikenali sebagai Jamaluddin Hashim, 63, tinggal di Tanjung Bendahara di sini ke masjid untuk menunaikan solat isyak dan solat sunat tarawih pada Ramadan ini. Pada sepanjang bulan Ramadhan ini, pesara bomba itu akan menunaikan solat sunat tarawih di masjid sekitar bandar tersebut.

Namun anak sulung arwah Mohd Fariz, mengatakan arwah bapanya tinggal bersendirian di rumahnya menaiki kereta seorang rakannya  pergi ke masjid berkenaan selepas berbuka puasa sekitar jam 8 malam. Katanya arwah bapanya tinggal bersendirian selepas berpisah dengan ibunya sejak lama.

“Arwah bapa saya akan menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih dengan mengunjungi masjid yang berlainan di sini pada setiap malam sepanjang bulan Ramadan ini. “Kesihatan arwah ayah saya sebelum meningg4l dunia difahamkan dalam keadaan baik dan selama ini tidak mengidap penyakit-penyakit krit!kal,” katanya ketika ditemui di Kampung Lepai di sini, hari ini.

Arwah telah meninggalkan 3 orang anak termasuk Nurul Fahanis, 33 dan Mohammad Fadli,31. Mohd. Fariz yang tinggal du Kuala Kedah di sini mengatakan dia mendapat panggilan daripada rakan arwah bapanya sekitar jam 9 malam yang memberitahu arwah bapanya pengsan di masjid.

Beliau amat terkejut ketika menerima berita itu dan kemudiannya segera ke masjid berkenaan untuk meluhat keadaan bapanya, namun sejurus tiba mendapati bapanya telah meninggal dunia. “Bagaimanapun, apabila sampai di masjid, ayah saya telah meninggal dunia dan ditutup dengan kain putih,” katanya.

Pesara bomba meninggal dunia ketika sujud

Katanya lagi, jemaah masjid itu sempat memberitahu arwah ayahnya menyebut nama Allah beberapa kali ketika sujud sebelua terjatuh. “Cara kematian arwah memang dicemburui kerana meninggal dunia ketika sedang solat dan arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang ketara sebelum ini,” katanya.

Beliau menambah, jenazah arwah bapanya selepas itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) oleh pihak polis untuk siasatan. Katanya, jenazah arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Huda, Kampung Lepai di sini pada pukul 11.30 pagi.

 

Post Berkaitan

Leave a Reply