Anjing terbiar semakin hari Makin Gebu, Rupanya ini yang dia makan hari-hari…

Haiwan peliharaan yang menjadi kegemaran orang ramai untuk dipelihara sudah semestinya anjing dan kucing. Antara haiwan-haiwan terbiar yang paling kerap kita lihat pada masa sekarang adalah anjing dan kucing yang boleh dikatakan berada di hampir semua tempat.

Siapa saja yang tidak kesian melihat keadaan haiwan-haiwan yang rata-ratanya makan minum mereka tidak terurus dan mungkin tiada sumber makanan. Namun begitu terdapat juga haiwan terbiar yang dilihat berisi dan cukup makan disebabkan sentiasa diberikan makanan oleh penduduk dan insan-insan yang prihatin.

Seekor anjing terbiar yang diberi nama Ms Chonky telah mencuri penampilan netizen selepas kisahnya diceritakan oleh wanita yang dikenali sebagai cikputri.

Rupanya anjing tersebut dilihat berisi dan gebu kerana sentiasa diberikan makanan oleh makcik peniaga sarapan pagi di Cyberjaya.

Boleh dikatakan hampir setiap hari anjing ini datang ke gerai makcik berkenaan untuk mendapatkan makanan dan sentiasa diberikan oleh makcik peniaga tersebut.

Penampilan anjing itu yang dilihat besar dan berisi menyebabkan ramai merasakan anjing yang bernama Ms Chonky itu bunting, namun sebenarnya bukan. Tetapi anjing ini menjadi besar dan sihat disebabkan sentiasa diberi makan nasi lemak oleh makcik peniaga berkenaan dan juga penduduk setempat.

Bukan itu sahaja, cikputri juga memberitahu anjing-anjing terbiar disekitar kawasan tersebut telah dikasi, jadi tak mungkin Ms Chonky bunting.Ada juga netizen yang menasihatkan agar jangan biarkan anjing terlalu gemuk kerana tidak sihat.

Satu nasihat yang baik sebenarnya, namun haiwan-haiwan yang terlebih makan sentiasa lebhi baik daripada haiwan-haiwan yang kebuluran kan.Anjing-anjing terbiar dikawasan berkenaan juga berkelakuan baik dan sering diberi makanan poleh penduduk setempat.

Post Berkaitan

Leave a Reply