Bayi 6 Bulan Melecur Teruk, Simpan Benda Ini Di tempat Tak Terjangkau Oleh Kanak2 Dirumah

Bayi 6 Bulan Tergigit Wayar Pengecas Handphone, Melecur Teruk Terkena Renjatan Elektrik

Kisah ini berlaku di Brazil dimana Seorang bayi yang baru berusia enam bulan telah terselamat dari renjatan elektrik, akan tetapi, melecur teruk di bahagian muka dan tangan selepas menggigit wayar pengecas telefon. Ini adalah kisah pengajaran agar para ibu bapa diluar sana berhati2 dengan menyimpan barang2 merbahaya ini di tempat selamat yang tidak dapat terjangkau dek anak.

Bayi itu dipercayai bermain dengan telefon bimbit ketika ia sedang dicas di rumah kediaman keluarganya di Lucas do Rio Verde, sebelum menggigit wayar berkenaan.

Arus elektrik yang begitu kuat telah menyebabkan bayi itu tercampak.

Daily Mail melaporkan yang bayi tersebut telah dikejarkan ke pusat perubatan berdekatan sebelum dipindahkan ke São Lucas Hospital untuk menjalani rawatan intensif.

Bayi Tersebut juga dikatakan perlu menjalani prosedur rawatan berikutan kecederaan dialami mangsa mengancam nyawanya.

Dr Heleno Strobel Rosa yang melakukan bantuan kecemasan awal dan membersihkan luka mangsa berkata, bayi berkenaan tiba ke pusat perubatannya dalam keadaan serius dan denyutan jantung rendah.

“Kami percaya dia cedera selepas melihat keadaan tangan dan dagunya.

“Dia banyak menangis. Selepas kami membuat pemeriksaan, bayi itu diberikan rawatan sokongan diperlukan sebelum dimasukkan ke hospital besar,” katanya kepada online media G1.

Datuk bayi itu telah memberitahu yang cucunya itu tidur tanpa pengawasan di tilam atas lantai di kediaman mereka manakala telefon bimbit itu dicas bersebelahannya.

“Mereka memaklumkan, apabila bayi itu bangun, dia mengambil telefon itu sebelum memasukkan wayar pengecas ke dalam mulutnya.

“Ini yang menyebabkan dia menerima aliran elektrik yang banyak dan melecur,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Rosa memberitahu yang bayi itu bernasib baik kerana terselamat.

“Ibu bapa boleh menghentikan bahaya ini dengan memberikan perhatian terhadap pencegahan awal,” katanya.

Bayi itu kini dilaporkan masih dirawat di hospital.

Sumber: Daily Mail

 

Post Berkaitan

Leave a Reply