Subhanallah!! Anak Kucing Terjatuh Dalam Longkang Besar, Diselamatkan OKU Berhati Mulia

Subhanallah,… Walaupun dalam keadaan terbatas dan serba kekurangan, aksi seorang lelaki kelainan upaya (OKU) berkerusi roda yang menyelamatkan kucing di dalam longkang sangat meruntun hati wargamaya.

Sikap prihatin Abu Fathiyyaturahma telah menerima pujian ramai menerusi video berdurasi dua minit lima saat itu,

Video yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya pada Sabtu sehingga kini telah menerima lebih daripada 300,000 tontonan.

“Pagi tadi masa dalam perjalanan pergi kompleks sukan Likas kami ternampak seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar sedang berpaut kuat di dinding lokang dengan basah kuyup entah dari bila lagi dia di situ.

“Saya pun cuba naikkan kucing tu ke atas, Alhamdulillah kami dapat bantu dia naik,” tulisnya di Facebook sehingga menerima 2,500 tanda suka.

‘Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.’ – NETIZEN

Video berkenaan dirakam oleh sahabatnya yang juga seorang OKU, Jelas Abu Fathiyyaturahma.

“Sahabat saya yang merakam video ni juga seorang OKU pengguna kaki palsu.“Dia tidak boleh turun untuk selamatkan anak kucing tu jadi saya buat keputusan untuk turun selamatkan anak kucing tu,” sambungnya lagi.

Selain dikongsi lebih 1,700 pelayar Facebook, posting itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen. Video ini turut dimuat naik semula ke beberapa halaman Facebook lain sehingga menjadi perbualan ramai.

Rata-rata nrang ramai yang meninggalkan komen memuji sikap Abu Fathiyyaturahma dan menyifatkan lelaki itu sebagai pencinta haiwan sebenar.

“Terima kasih. Anda seoang insan yang hebat. Walaupun OKU. Hati anda mulia tanpa mengira kepayahan demi menyelamatkan makhluk Allah yang lain.

“Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.

“Terbaik… Kekurangan diri bukan penghalang meneruskan kebaikan kepada manusia mahupun haiwan,” tulis beberapa netizen.

Post Berkaitan

Leave a Reply