Malang tidak berbau, itulah situasi yang dihadapi oleh pemilik kucing ini apabila seorang lelaki dilaporkan memfailkan s4man ganti rugi sebanyak 100,000 b4ht (RM12,737) ke atas jirannya selepas seekor kucing milik keluarga itu memanjat dan mencal4rkan dua kereta mewahnya, lapor laman berita Thaiger semalam.
Pemilik kucing itu memuat naik sebuah video di TikT0k yang menyatakan bahawa jirannya menuntut w4ng p4mpasan kerana membiarkan haiwan peliharaannya keluar ke kawasan awam lalu menyebabkan keros4kan pada h4rta benda orang lain.
Wanita itu menambah bahawa dia sanggup memb4yar ganti rugi untuk membaiki kesan c4lar yang dilakukan oleh kucingnya tetapi pada harga yang berpatutan.
Petang itu, seorang pemilik kereta menghantar sebuah video yang dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV), menunjukkan kucing peliharaannya duduk di atas dua kereta mewah berwarna hitam dan kuning.
Pemilik kucing itu bersama keluarganya ke rumah berkenaan untuk memeriksa kerosakan tetapi hanya menemui kesan k0toran dari tapak kaki kucing itu.
Video :
Pemilik kucing tersebut telah berkongsi dengan pihak media Thailand bahawa mereka telah cuba mencapai kata sepakat dengan jirannya.
Malah mereka telah pun membayar d3nda sebanyak 500 b4ht di balai polis kerana membiarkan haiwan peliharaan keluar bersendirian dan telah ke mahkamah sebanyak dua kali.
Walaubagaimanapun pemilik kenderaan / jiran tersebut tidak pernah hadir di mahkamah dan masih terus mendes4k supaya pemilik kucing tersebut membayar tuntutannya.
Kisah tersebut dikongsikan secara meluas di Thailand dan laporan terbaharu mendapati pemilik kereta mewah tersebut telah meminta maaf dan menarik balik samannya.