Suami Isteri Terkejut Melihat Objek Dilitupi Rambut Tergantung Atas Siling,Cuba Menarik Tapi Tak Berjaya . Apa Yang Berlaku Slepas Itu Sangat Menggerunkan

Seringkali disaksikan babak dalam filem seram, scene penampakan kepala ‘hantu’ dengan rambut panjang menutupi kepalanya menyebabkan penontonnya berasa seram dan meremang.

Satu pasangan suami isteri terkejut besar saat menyedari satu objek hitam dipenuhi rambut seakan makhluk atau hantu yang menyeramkan seperti dalam filem seram.

Pada mulanya, mereka agak takut untuk memeriksa dan mendekati objek tersebut, namun kemudian menyedari objek tersebut merupakan kepala anak perempuan mereka!

Rupanya kepala anak perempuan mereka tersangkut pada lubang di siling berkenaan dan lubang sebesar 8 inci itu dibuat kerana mahu dipasangkan saluran ventilation untuk kipas diantara dua tingkat i kediaman mereka di Puding, wilayah Guizhou, China.

Anak perempuan mereka memasukkan kepalanya kedalam lubang tersebut namun kemudian ditimpa nasib malang apabila kepalanya tersangkut dan tidak dapat keluar dari situ.

Terkejut melihat keadaan anak mereka, ibu bapa ini pun segera memanggil bantuan pihak Bomba untuk membantu mengeluarkan anak merreka dari lubang tersebut.

Seorang anggota Bomba cuba menolak kepala budak perempuan itu dari bawah dan seorang lagi cuba menariknya dari atas, namun cubaan pertama itu tidak berjaya.Kemudiannya mereka pun menyapu minyak sayur di kepala budak perempuan itu dan melakukan cubaaan tadi beberapa kali hinggalah akhirnya mereka berjaya mengeluarkan budak tersebut.

Budak perempuan tersebut dikatakan tersekat di lubang berkenaan selama lebih kurang sejam dan pasukan Bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkannya.

Budak perempuan itu kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan dan kemudiannya disahkah tidak mengalami kecederaan akibat insiden terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.