Sebagai pemilik kucing, memang ada masanya anda terpaksa memar4hi mereka setiap kali mereka ada melakukan kesal4han. Sama juga macam situasi yang dikongsikan ini apabila wanita ini baru sahaja ingin mem4rahi kucingnya itu namun lain pula reaksi yang diterimanya.
Semuanya gara-gara reaksi kucing itu yang mula membuat muka comel sekaligus membuatkan yang lain ‘cair’ melihatnya. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih sejuta tontonan setakat ini di mana netizen juga turut terhibur melihatnya.
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video itu berkongsikan situasi lucu yang berlaku baru-baru ini yang berjaya menarik perhatian ramai. Turut dapat disaksikan, seekor kucing yang sedang duduk di hadapan wanita yang memakai telekung itu.
Menurutnya, kucing itu ada mengganggunya sekaligus membuatkan dia mula mem4rahi kucing tersebut yang duduk di situ. Namun apa yang melucukan ialah kucing itu hanya memandang sahaja pemiliknya itu dengan reaksi wajah tidak bersalah.
Tidak lama kemudian, kucing itu mula membuat muka comel dan menyandarkan mukanya pada kaki wanita itu. Reaksi spontannya ini turut membuatkan yang lain ketawa besar dibuatnya sehingga membuat wanita itu tidak jadi untuk memarahinya lagi.
Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat reaksi comel dari kucing itu. Malah ada yang berseloroh kucing itu seolah-olah tahu cara untuk mengambil hati pemiliknya itu dengan reaksi comelnya ini.
“Bang review kucing.”
“Mama takkan berani marah aku.”
“Paham tu orang cakap pasal dia.”
“Tau tau je orang tengah marah dia.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah: