Hang ni pasai pa. Sat gi aku tambah garam sikit buh dalam kuali. Cubaan menjadi Oyen.

Populariti kucing berwarna oren atau si oyen tidak perlu diperkatakan lagi. Malah di media sosial juga pasti akan ada sahaja video menarik tentang si oyen ini. Namun baru-baru ini, cubaan seekor kucing ini yang mahu menjadi oyen berjaya membuatkan netizen berdekah melihatnya.

Bukan sahaja cubaannya ini tidak menjadi malah kucing itu juga turut dimarahi pemiliknya ini gara-gara kenakalannya itu. Video tersebut juga tular dikongsikan sehinggakan ianya meraih dua juta tontonan setakat ini.

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang meraih perhatian dengan warna bulunya yang unik. Rupa-rupanya, kucing berwarna putih itu telah bermain dengan sebungkus kunyit serbuk sehingga menyebabkan bulunya bertukar kepada oren.

Pemiliknya turut sama terkejut melihat keadaan kucing itu dan kemudian mula mengikuti jejak yang ditinggalkan kucingnya itu. Sebaik sahaja tiba di dapur, kelihatan sebungkus kunyit yang bertaburan di lantai yang menjadi mainan kucingnya.

Dalam masa yang sama, kucing itu kemudian mula mencari jalan keluar dari rumahnya seolah-olah cuba melarikan diri dari pemiliknya. Wanita itu turut berkongsikan keadaan badan kucingnya itu yang habis dipenuhi dengan serbuk kunyit.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat nakal kucing itu. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kucing itu mahu menyertai geng oyen dan sanggup mengotorkan badannya.

“Akak kena faham, dia bercita-cita tinggi untuk join geng oyen…”

“Kucing perap sendiri.”

“Baru nak kata cantiknya color dia.”

“Dia nak jadi genk oyen.”

Post Berkaitan

Leave a Reply