Papa panggil buat tak tahu. Bibik cantik panggil reaksi si bulus buat ramai geram.

Jika anda seorang pengguna tegar Tik T0k, tentunya anda cukup kenal dengan pelbagai trend yang dilakukan di platform tersebut. Macam cubaan gadis ini yang melakukan satu trend tarian yang terkenal ini bersama anak kucing yang dipeliharanya.

Video tersebut turut menarik perhatian ramai apabila anak kucing tersebut siap memberikan kerjasama dalam menjayakan video itu. Malah rata-rata netizen turut sama ‘geram’ melihat kecomelan kucing itu yang seakan-akan faham apa yang perlu dilakukan.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu dilihat berada di luar rumahnya untuk melakukan trend yang sedang hangat dilakukan kini. Dia kemudiannya duduk di situ sambil memanggil rakan tariannya yang akan bersama-samanya melakukan tarian itu.

Tidak lama kemudian, muncul seekor anak kucing yang berjalan ke arahnya. Rupa-rupanya, gadis itu mahu melakukan video tarian itu bersama kucingnya dan bukanlah dengan orang lain.

Lebih mencuit hati, muncul pula satu persatu anak kucing yang elok berbaris di dalam satu barisan menuju ke arah gadis itu. Malah sekali pandang, anak kucing itu juga dilihat seperti sedang berkawad ketika dipanggil oleh pemiliknya ini.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat hasil video yang dikongsikannya ini. Dalam masa yang sama, ramai yang turut ‘geram’ melihat kecomelan kucing itu yang berjaya memberikan kerjasama yang baik di dalam video ini.

“Kucing berkawad satu satu hora horey.”

“Alaa pandainya semua.”

“Terpaling comel. Elok je berbaris gitu eh.”

“Yang hitam tak datang rehearsal ke.”

Post Berkaitan

Leave a Reply