Kucing Pandai Pegang Botol Susu Sendiri,Amboi Kakinya Itu,Bergaya Betul.

Kucing pandai pegang botol susu sendiri,Amboi kakinya itu,bergaya betul

Anak kucing yang masih lagi kecil biasanya sangat memerlukan susu untuk membesar terutamanya yang sudah terpisah dari ibu mereka. Macam reaksi si oyen ini yang menarik perhatian ramai dengan gelagatnya ketika minum susu botol yang diberikan pemiliknya ini.

Dia bukan sahaja kelihatan comel malah rata-rata netizen turut terkejut melihat gaya si oyen yang pandai memegang botol itu dengan sendiri. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat si oyen semasa dia ingin memberikan botol susu itu. Turut dapat dilihat, gelagat si oyen yang begitu teruja dan sudah tidak sabar lagi untuk minum susu yang diberikan.

Sebaik sahaja botol susu itu diberikan, kucing tersebut kemudian mula menikmatinya seperti biasa. Namun apa yang menarik perhatian ialah kucing itu memegang botol susu itu dengan sendiri tanpa bantuan dari pemiliknya itu.

Lebih melucukan, dia turut memegang botol susu itu dengan bantuan kakinya yang turut sama menahan botol tersebut. Melihatkan gayanya ini, netizen turut tidak menyangka kucing sekecilnya ini juga pandai untuk berdikari dengan sendiri.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat kucing ini. Malah ada yang menganggap mungkin juga kucing itu sudah diajar untuk berdikari oleh pemiliknya itu.

“Kakinya tu, bergaya betul.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.