“Ni Siapa Nak Jawab Nie?!” Pesakit Tenat Tinggal ‘Nyawa-Nyawa Ikan’ Akibat Tersepit.

Malang berganda menimpa seorang pesakit apabila nyaris m4ut gara-gara tersepit lif di sebuah hospital.

Insiden itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan separuh daripada badan pesakit berkenaan tersepit dalam sebuah lif ketika diusung dua jururawat di sebuah hospital.

Tragedi itu dikatakan berpunca daripada masalah teknikal yang terjadi pada lif terbabit apabila pintu mula tertutup dan bergerak turun secara tiba-tiba.

Seorang lagi jururawat turut terperangkap di dalam lif tersebut bersama pesakit berkenaan dan kejadian itu disaksikan oleh seorang lagi kakitangan yang berada di luar lif tersebut.

Video :

Menerusi video berkenaan, pesakit yang difahamkan tidak sedarkan diri itu terlebih dahulu diusung masuk ke dalam lif sebelum separuh daripada badannya tersepit di pintu lif.

Cemas dengan insiden berlaku, jururawat berkenaan terpaksa melepaskan pesakit terbabit dan seorang wanita dipercayai ahli keluarganya dilihat panik lalu mendapatkan bantuan.

Namun, difahamkan tiada sebarang kecederaan serius berlaku dalam tragedi terbabit dan pesakit dikatakan masih berada dalam keadaan stabil.

Post Berkaitan

Leave a Reply