Pernah tak jumpa orang yang terlebih sayangkan kucing? Maksudnya perasaan sayang kepada kucing yang melampau. Sayang kucing itu perkara biasa, lagi2 jika mereka memang pencinta kucing yg tegar. Ada juga orang yang membawa makanan kucing kemana sahaja mereka pergi, mana tahu jika terserempak dengan kucing jalanan, mereka boleh memberi makan kepada kucing2 tersebut. Alangkah mulianya hati mereka.
Adalah perkara biasa bagi pemilik kucing untuk sayang kepada haiwan peliharaannya. Menjaganya dengan baik, memberi makan setiap hari, mandi, bermain serta mengambil berat terhadap kesihatan kucingnya. tapi bagaiman pula dengan kucing2 liar yang berkeliaran dimana2? ada juga kucing2 liar ini yg jinak2 dan ada yg boleh di bawa balik untuk dipelihara lagi.
satu video perkongsian seorang pengguna fesbuk ini ternyata mendapat respect daripada orang ramai. Lelaki ini sanggup berhabis separuh daripada gajinya hanya untuk memberikan kucing2 jalanan makan. Lelaki ini hanya bekerja sebagai penjaga parkir sahaja pun. Itupun masih cukup untuk dia menyara dirinya sendiri selain separuh daripada gaji dihabiskan untuk makanan kucing jalanan.
Bukan itu sahaja, lelaki ini juga memberikan makan kepada anjing jalanan. Alangkah mulianya hati mu wahai pemuda. Ini la balasan bila kau buat baik dgn Binatang,..walaupon seekor anjing. CEO Modenas datang untuk berikan anugerah dan ganjaran kepada lelaki ini.
Dibawah adalah antara komen daripada para warga maya.