Ayah merupakan cinta pertama si anak perempuan. Merekalah hero, mereka jugalah rakan sepermainan anak-anak tatkala si kecil kebosanan.
Jelas terpampang kasih sayang antara seorang ayah terhadap anaknya ketika melayan kerenah si anak bergurau senda, sepertimana rakaman dikongsikan laman Sahabat Surga ini.
Dalam video dimuatnaik laman itu, kelihatan seorang lelaki bermain seakan ‘Osom’ bersama seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya sambil berada di atas motosikal.
Dapat dilihat keceriaan si kecil itu setiap kali bapanya tewas di mana kanak-kanak itu akan menciumnya sebagai balasan.
View this post on Instagram
Video tersebut telah mendapat lebih 67 ribu tanda suka di mana rata-rata orang ramai meluahkan rasa tersentuh dan terkenangkan bapa masing-masing.
Syurgalah tempat abah dan ibuku
Rindu abah
Tak dapat rasa saat bersama ayah