Kucing Bertindak Sebagai ‘Superhero’ Apabila Halang Bayi Terjatuh Ke Tangga Yang Curam

Tidak dinafikan, kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang paling disukai oleh ramai manusia kerana sifatnya yang comel dan manja serta senang dibela. Boleh dikatakan bagi setiap rumah yang memiliki haiwan peliharaan, kemungkinan besar haiwan peliharaan mereka itu adalah termasuk kucing.

Baru-baru ini telah tular satu perkongsian video mengenai seekor kucing dan seorang bayi. Rara-rata warganet yang menonton video tersebut berdebar-debar kerana menyaksikan bayi tersebut nyaris ditimpa sesuatu yang tidak diingini.

Dalam video yang dikongsikan, bayi berkenaan kelihatan merangkak menuju kearah tangga yang curam, tetapi mujurlah pada ketika itu si kucing segera bertindak menjadi penyelamat.

Tak boleh bayangkan kalau bayi merangkak ke bawah tangga

Si kucing yang sedar kelakuan bayi berkenaan terus bergegas menuju kearahnya dan seolah faham akan b4haya dan cuba untuk menahan dan menolak bayi tersebut dengan sedaya-upaya agar jauh dari anak tangga.

Tindakan kucing tersebut dianggap kerana bayi berkenaan pun berundur semula dan terselamat daripada risiko b4haya. Perbuatan kucing dan bayi tersebut dirakam dalam sebuah rakaman CCTV yang kemudiannya dimuatnaik ke media sosial.

Video :

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.