Beribu-ribu pencinta kucing di seluruh dunia berasa sedih dengan berita kematian kucing selebriti internet bernama Grumpy Cat.
Kini, penggemar kucing global sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan mereka dengan kemunculan seekor kucing baru yang diberi nama Toby.
Toby ialah seekor kucing British berumur enam tahun yang lahir dengan ekspresi wajah sedih. Percaya atau tidak, Toby sebenarnya sudah ada lebih 31,000 pengikut di akaun Instagramnya.
Memetik laporan portal The sun, Toby diambil dan dipelihara di bandar Stroud, Gloucestershire di England oleh Georgina Price dan tunangnya, Christopher Lardner sejak bulan Oktober lalu.
Kucing berwajah sedih ini berdiri di atas sebuah sofa. Kredit: @tummyandgummy/Instagram
Pasangan itu mula-mula menemui Toby menerusi paparan di laman web Persatuan Diraja Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA).
Georgina mendapati Toby sebenarnya memiliki kulit menggeleber kerana satu keadaan yang dikenali sebagai sindrom Ehlers-Danlos (EDS).
“Kami belum pernah terdengar mengenai EDS sebelum menjumpainya (Toby). Kami tahu dia perlukan sebuah kediaman dengan kasih sayang dan kami ada banyak untuk diberi,” cerita Georgina.
Sindrom EDS menyebabkan Toby kelihatan sedih sepanjang masa. Kredit: @tummyandgummy/Instagram
Toby menerusi laman Instagram sering berkongsi gambar dengan puluhan ribu pengikut.
Toby berkata: “Semua orang panggil saya kucing sedih. Jadi, lebih baik saya beri senyuman menawan supaya anda boleh lihat betapa gembiranya saya!”