Memang Hero Kucing Ini, Tengoklah Apa Yang Dia Dah Buat .

Pelik bila seekor kucing peliharaan melakukan tindakan yang meragukan apabila kucing yang diberi nama Didi itu sedar dengan kehadiran seekor ular tedung di kediaman yang tersebunyi di sebalik dapur

Pada waktu tengah hari semalam, sebuah keluarha di Kampung Tengah telah tergempar dengan kehariran reptilia yang berbisa itu. Menerusi penghuni kediaman berkenaan, pihaknya hanya tahu ada ular di dalam rumah setelah melihat reakdi pelik ‘Didi’

“Kami hairan melihat Didi terjenguk-jenguk ke bahagian tepi dinding dapur.

“Bunyinya seolah-olah memberitahu sesuatu dan tidak tahan dengan bunyi Didi, saya bertindak meninjau tempat yang dimaksudkan.

“Alangkah terperanjatnya saya melihat seekor ular tedung senduk berada di tepi dinding dapur dalam keadaan sedang menelan seekor tikus,” katanya di sini, semalam.

Kemudian beliau terus memberitahu pada jiran untuk mendapatkan bantuan bagi menangkap ular tersebut.

“Oleh kerana ia diketahui sebagai haiwan yang mempunyai bisa termasuk mengundang maaut, maka saya terpaksa meminta tolong banyak pihak.

“Ramai yang datang membantu dan pada satu ketika, ular tersebut berjaya melepaskan diri ke bawah tangga (kaki lima). Ia bersembunyi agak lama.

“Namun selepas dua jam, ular tersebut berjaya ditundukkan dengan menjerat kepalanya menggunakan tali. Ular berkenaan selepas itu dibuang ke sungai,” katanya.

Tambah lagi, ini sudah kali ke 5 bahawa ular bertandang ke kawasan rumah tapi sebelum ini semuanya ular sawa.

 

 

Post Berkaitan

Leave a Reply