Bukan jarang kita mendengar tentang kucing jatuh longkang dan terperangkap kerana tidak dapat naik ke atas semula terutamanya anak kucing. Sesiapa sahaja yang mempunyai rasa belas kas1han pasti akan tidak teragak-agak untuk menyelamatkan kucing yang dalam kesusahan, tetapi pasti ramai tertanya-tanya mengapa anak kucing sering terjatvh dalam longkang.
Jelas salah satu sebab utama adalah kecuaian mereka yang gemar bermain tanpa menyedari keadaan sekeliling yang berbahay4. Selain itu, cuba mendapatkan sumber air untuk bekalan minuman juga menjadi satu punca mereka sering terperangkap dalam longkang.
Baru-baru ini sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna Fesbuk yang menyelamatkan seekor anak kucing yang jatuh longkang telah mencvri tumpuan ramai.
Siapa sangka tidak lama kemudian seorang anggota b0mba dan penyelamat datang untuk menyelamatkan kucing yang mal4ng tersebut. Anggota tersebut datang dengan bergegas ke tempat kejadian demi menyelamatkan nyawa si bulus itu.
Beliau lalu turun menggunakan tali serta baldi dan pautkan tali tersebut pada dinding konkrit berkenaan. Beliau akhirnya berjaya untuk turun dan menyelamatkan kucing tersebut. Menurut laporan, tiada kecederaan pada kucing itu cuma badan kucing tersebut berlumuran dengan air yang kotor dan telah segera dibersihkan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan abang b0mba itu kerana bergegas untuk menyelamatkan si bulus itu serta mengucapkan terima kasih kepada insan yang prihatin terhadap situasi berkenaan.