Panik Anak Kucing Terperangkap Dalam Enjin Kereta,Pemilik Panggil Oyen Datang Pujuk.Tak Sampai Seminit ‘Menyerah’

Para peminat haiwan yang dipanggil kucing mesti sedai maklum bahawa kucing ini suka bersembunyi di enjin kereta. Bahkan di Malaysia ini sahaja, sudah bayak kali kes kucing ini terperangkap dan akhirnya terpaksa memanggil pihak BOMBA atau APM untuk mengeluarkannya

Antara sebab kucing suka bersembunyi di enjin kereta adalah kerana mereka mahu rasa lebih panas terutamanya jika cuaca sejuk selain mereka juga merasa lebih selamat dan tidak diganggu.

Walaubagaimanapun, tempat itu kadangkala boleh membahayakan mereka dan mendatangkan kecederaan, lebih-lebih lagi jika kehadiran mereka tidak disedari oleh pemilik kenderaan yang mahu menggunakan kenderaan.

Seorang penduduk di negara Jepun mengalami keadaan yang sama apabila seekor anak kucing bersembunyi di dalam bahagian enjin keretanya.

Kehadiran kucing itu disedarinya apabila mahu menggunakan keretanya dan dia pun cuba untuk mengeluarkan anak kucing itu. Namun begitu, anak kucing itu berdegil tidak mahu berganjak dan terus bersembunyi jauh dari jangkauan.

Kucing itu terus berdegil tidak mahu keluar malah jiran-jiran turut datang untuk membantu namun usaha demi usaha mereka gagal.

Akhirnya salah seorang jiran memberikan cadangan agar menggunakan kucing peliharaannya untuk memujuk anak kucing tersebut. Dia pun mengambil kucing Oyen miliknya ke kereta dan si Oyen pun menjalankan ‘tugasnya’ dengan memanggil anak kucing tersebut.

Entah apa yang diberitahu oleh si Oyen kepada anak kucing itu, apabila kemudiannya anak kucing itu pun berminat untuk keluar dan akhirnya dia pun berjaya dikeluarkan dari enjin kereta dengan selamat.

Ternyata kucing Oyen ini memang luar biasa meskipun sering dikaitkan dengan ‘kenakalannya’. Pemilik kereta itu pula sudah boleh menggunakan keretanya dengan senang hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published.