Rupanya ada Benda Yang Tersorok Dalam Perut Selepas Buang Dua Ketumbuhan, Aneh Tapi Benar Berlaku

Kejadian Berlaku di Bandar Melaka, seorang wanita berusia 45 tahun, tidak menyangka disebalik ketumbuhan yang dialami di bahagian perut rupa-rupanya ada ‘tersorok’ bayi yang selama ini dikandungnya.

Wanita yang dikenali Sanisah Abu Bakar, sama sekali tidak menyangka bahawa dirinya sedang mengandungkan seorang bayi perempuan, yang diberi nama Nur Iman Amani Widodo.

Pada awalnya, suami kepada Sanisah, iaitu Widodo Sinasim, 47, berkata mereka telah membuat ujian imbasan tetapi tidak dapat pun mengesan kelibat bayi, sebaliknya hanya kelihatan dua ketumbuhan.

Namun, pada 19 Jun lalu, Sanisah mengadu sakit perut yang luar biasa, membuatkan dia dikejarkan ke hospital dengan segera. Doktor berjaya mengeluarkan, ketumbuhan seberat 500 dan 800 gram.

Tetapi, apa yang lebih mengejutkan apabila doktor menemukan seorang bayi di dalam perut wanita tersebut, dan mujurlah bayi berjaya dikeluarkan dengan selamat. Widodo dan Sanisah,menganggap kehadiran anak bongsunya itu sebagai satu kurniaan dan keajaiban Tuhan, kerana tiada siapa menjangkakan kehadirannya.

Post Berkaitan

Leave a Reply