Sayu Video Rakaman Lelaki Layan Anak Makan Serba Sederhana Tapi Kelihatan Sangat Bahagia Menyentuh Hati Netizen

Tak semestinya perlu ke restoran mewah untuk bersama insan tersayang, malah, jika bersantai di warung tepi jalan pun sudah cukup untuk luangkan masa berkualiti bersama sepertimana dilakukan lelaki ini bersama anaknya.

Kadangkala perkara yang nampak ringkas, sudah cukup untuk membuatkan kita bahagia. Pokoknya, bersyukur.

Tidak marah, malah lelaki itu hanya tersenyum mesra melihat anak perempuannya itu dengan pandangan kebapaan. Gelagat mereka itu telah menyentuh hati orang ramai yang mendoakan dua beranak tersebut.

Memetik Suara.com, rakaman mereka berdua telah dikongsikan seorang pengguna bernama @mummyyi di TikTok. Dalam video berkenaan, kelihatan lelaki separuh abad itu menyuap anaknya makanan dipercayai mi sebelum ia jatuh ke lantai.

Video:

Dulu makan dengan ayah, tapi cuma aku yang makan sebab duitnya tak cukup

Rindu, dulu sering diajak ke warung

Rindu ayah

Sumber: Suara.com, TikTok via siakapkeli / Kalamindah

Leave a Reply

Your email address will not be published.