Sibulus Berebut Apa pula dengan tuannya tu? Macam2 Perangai

Bagi mereka yang memelihara kucing mesti tahu macam mana kerenah mereka bila hidu bau busuk. Mesti mereka cuba gali dan timbus benda busuk itu seperti timbus najis mereka selepas membuang.

Lebih lucu lagi bila reaksi mereka bila hidu bau durian. Kucing memang tidak suka dengan bau durian yang kuat dan anggap raja buah itu sebagai satu benda yang perlu ditimbus dalam tanah untuk hilangkan baunya.

Tapi berbeza dengan kucing seorang pemuda ini yang langsung tidak kisah dengan bau durian itu. Malah dia sangat suka buah itu sehingga berebut untuk makan.

Video di Tiktok itu dimuat naik oleh seorang pengguna ini yang menunjukkan sedang buka sebiji durian di hadapan 2 ekor anak kucingnya.

Belum habis buah itu dibuka si bulus itu sudah mahu masukkan kepanya di celah buah itu untuk jilat isi dalamnya

Perangai si bulus yang tidak reti sabar itu membuat pemuda ini terpaksa gigit telinga kucinga untuk jauhkan ketika beliau sedang mengopak buah tersebut dengan menggunakan kedua belah tangannya

Selepas sahaja berjaya dibuka, beliau beri isinya kepada si bulus itu yang masih berebutkan buah tersebut. Perkongsian rakaman pemuda itu membuat ramai orang rasa pelik dan tehibur dengan gelagat kucingnya.

 

Post Berkaitan

Leave a Reply