Percubaan yang sudah semestinya meningg4lkan pengalaman lucu bagi seorang wanita apabila dia telah berkongsi satu video berbentuk tutorial dengan memasak beberapa ekor belut goreng kunyit yang akhirnya tidak kesampaian kerana bahan masakannya lari bertempiaran ke serata lantai.
Didalam video yang telah dikongsikan oleh wanita bernama Nenty tersebut di TikTok, dia memulakan rakaman dengan mempamerkan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak belut goreng kunyit diantaranya belut, bawang, halia, kunyit dan garam.
Sebaik bahan-bahan tersebut dicampurkan dan digaul, kebanyakan daripada belut-belut yang diletakkan di dalam Besen telah keluar dan bertempiar4n melepaskan diri. Rakaman yang melucukan itu telah mendapat tontonan lebih 6 juta. Rata rata-rata netizen yang menonton amat terhibur bila ada yang mengajar cara sebenar memasak haiw4n tersebut di ruangan komen.“Ingatkan belut nya sudah mat1” Kata Nenty dalam ruangan kapsyen.
“Disebabkan oleh belut-belut ni, saya berg4duh dengan suami. Saya baru pertama kali nak masak belut tapi gagal,” Jelas Nenty di ruangan komen.
Walaubagaimanapun, Nenty juga telah memuat naik video selepas belut-belut tersebut telah berjaya digoreng.
“Jangan risau ya, belut ni dicuci bersih dan dihilangkan lendir dulu. Cuma belum dipot0ng,” kata Nenty lagi.
“Belut tu masih hidup Markonah!!” jelas seorang netizen.
“Kalau nak masak belut , bersihkan dulu, buang isi perut kemudian baru boleh dimasukkan rempah”
Mari kita lihat cara-cara memproses dan memasak belut dibawah ni. Sekurang-kurangnya dapat menjadi rujukan kepada sesiapa yang baru pertama kali cuba untuk memasak belut. Semoga percubaan anda untuk memasak belut ini berjaya.
Langkah-langkah memproses belut
Portal Resipi dari Indonesia telah terdetik berkongsi cara sebenar untuk memproses belut ekoran penular4n video tersebut.
1. Pukul kepala belut hingga m4ti
Belut seperti yang kita ketahui mempunyai jenis badan yang licin serta agak sukar untuk dipegang serta ditangkap sekiranya tidak tahu caranya. Dengan badannya yang licin dan masih hidup bergerak-gerak, sudah pasti belut amat sukar dipegang. Oleh itu, anda dinasihatkan memat1kan belut tersebut dengan memukul kepalanya menggunakan benda yang ker4s sebagai contoh lesung batu sebelum memproses.
2. Sila letak garam ataupun air limau untuk membuang lendir pada belut
Belut masih agak sukar untuk diproses jika kulitnya masih lagi berlendir. Anda boleh ambil garam dan limau nipis untuk membuang lendir tersebut. Sila Masukkan ke dalam satu bekas, taburkan garam dan air limau nipis. Selepas itu, tambahkan air secukupnya sebelum menggaul rata. Anda perlu biarkan gaulan tersebut sekurang-kurangnya selama lima minit sebelum mencucinya.
3. Buang isi perut belut
Anda mesti membelah bahagian bawah perut belut seekor demi seekor secara memanjang daripada kepala hingga ekor. dan Pastikan pisau tidak menembusi isi perut untuk mengelakkan rasa p4hit menyerap masuk ke dalam isi belut tersebut. Sekarang anda boleh keluarkan isi perut dan bilas dengan air yang bersih.
4. Letakkan ramuan sebelum mula memasak
Belut-belut yang sudah dibilas dan dibersihkan sebaik-baiknya dipot0ng terlebih dahulu sebelum digaul serta dilumurkan bersama ramuan yang telah dikisar halus. Beberapa ramuan yang sesuai digunakan untuk menghilangkan bau hanyir belut ialah bawang putih, halia, kunyit, ketumbar, garam dan juga limau nipis.
5. Goreng
Selepas belut digaul dengan rempah, anda bolehlah menggorengnya sama ada sehingga garing atau setengah masak jika ingin dicampur dalam masakan berkuah. Terpulang kepada selera anda bagaimana mahu memasak ikan-ikan belut tersebut.
Selamat mencuba.