Tengah Mengemop Lantai, Sekali tengok Bukan Mop Daaaa….

Pernahkah anda melihat anjing yang mempuntyai struktur bulu yang lain daripada kebanyakan anjing yang anda pernah lihat? Anjing Ini Mempunyai Bulu Seperti Mob. Anda Percaya? Well jika anda tidak percaya, anda tetap kena percaya juga ok.

Anjing Komondor (Bahasa Hungary: Komondor) ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan yang besar dan putih dengan bulu panjang dan pintal.

Anjing daripada baka ini kadang-kala dirujuk sebagai “anjing mop,” dimana anjing Komondor ialah satu baka anjing berkuasa yang sudah lama terasas dan mempunyai naluri pengawal semula jadi untuk menjaga haiwan ternakan dan harta milik lain. Anjing Komondor dibawa ke Eropah oleh Cumans dan ia dinyatakan buat kali pertama pada 1544 dalam kodeks Hungary. Baka ini telah diisytiharkan sebagai salah satu khazanah kebangsaan Hungary, dikekalkan dan dilindungi daripada pengubahsuaian.

Komondor merupakan jenis anjing khusus yang digunakan sebagai penjaga haiwan ternakan dan juga untuk penggembala di Hungary. Ia mempunyai bulu panjang dan ikal yang digunakan untuk melindungi tubuhnya dari cuaca ekstrem.

Komondor jantan mempunyai tinggi maksimum hingga 76 cm dari kaki sampai bahu dengan berat sekitar 68 kg. Sedangkan sang betina mempunyai tinggi maksimum hanya 71 cm dengan berat 45 kg.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.