‘Terburai K0yak Dah Macam Usus Dalam Perut!” Wanita Kongsi Gmbar Bantal Bsuk Yg Disimpan Lebih 23 Tahun Tapi Di’sekolahkan’ Netizen

Tak dinafikan ramai dikalangan kita yang mempunyai bantal ‘busuk’ di rumah, malah ada juga yang susah atau tak dapat tidur jika tiada bantal tersebut. Namun, biasanya tabiat ini akan semakin berkurangan apabila umur semakin meningkat, namun tetap juga ada yang memang tidak boleh tidur lena jika tiada bantal busuk bersama mereka.

Satu posting daripada seorang wanita menjadi tular sehingga lebih 125,000 perkongsian gara-gara foto bantal busuk yang dimuatnaiknya. Keadaan bantal busuk milik wanita tersebut boleh dikatakan sudah sangat ‘parah’ dengan koyak hampir disemua tempat.

Dengan kapsyennya berbunyi dari tahun 1998 sampailah ke 2021, posting wanita itu turut dikomen oleh ramai pengguna media sosial.

Malah ada yang meninggalkan komen-komen lucu seperti ‘dah macam rupa usus dalam perut’! Selain itu, ada juga yang menasihatkan wanita itu supaya membuang sahaja bantal tersebut kerana keadaannya yang barai dan koyak rabak dikhuatiri menjadi sarang bakteria.

Tidak kurang juga yang memberitahu bahawa mereka memahami perasaan dan apa yang dirasai oleh wanita tersebut kerana bagi mereka ‘hanya mereka yang ada bantal busuk saja yang memahami’

Terdapat juga komen yang dilihat agak ‘membina’ apabila mencadangkan wanita tersebut memasukkan isi bantal tersebut kedalam sarung lain yang baru jika wanita itu memang tidak ‘mampu’ membuangnya. Dipercayai bantal busuk itu sudah lebih kurang 23 tahun bersama dengan wanita berkenaan.

Elak bantal busuk bawa bahaya

Bantal busuk yang juga dikenali sebagai bantal peluk atau tidur adalah sejenis bantal yang biasanya digunakan pada waktu tidur. Bantal adalah salah satu dari komponen yang sangat kita semua perlukan untuk tidur selain tilam, cadar dan selimut untuk keselesaan yang maksimum.

Bantal busuk ini adalah elemen tambahan yang biasanya digunakan untuk membuatkan seseorang itu lebih tenang ketika ingin tidur. Ada juga yang ada selimut busuk, patung busuk dan sebagainya.

Ia sebenarnya tidaklah busuk pada si pemiliknya, tetapi keadaan bantal ini yang kadang kala kelihatan lusuh mungkin menyebabkan ia dipanggil begitu.

Jadi apakah bahaya yang mungkin timbul akibat bantal busuk ini? Buat anda yang mungkin belum tahu, bantal kesayangan anda itu berkemungkinan mempunyai:

  1. Debu
  2. Habuk
  3. Hama
  4. Kutu
  5. Kulat
  6. Kuman
  7. Bakteria
  8. Virus
  9. Detritus

Kesemua mikroorganisma ini mungkin boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara seperti berikut:

Mencetuskan alahan
Hama adalah pepijat kecil yang wujud di kawasan berdebu dan berhabuk termasuklah kelengkapan tidur yang tidak dicuci dengan baik serta kerap. Kesannya, ia akan mencetuskan alahan yang mungkin mengakibatkan simptom seperti mata merah dan gatal, hidung berair, asma, lelah serta gangguan pernafasan.

Menyebabkan gangguan tidur
Kulat yang banyak wujud pada bantal busuk mungkin boleh menyebabkan gangguan tidur khususnya apnea tidur obstruktif – pernafasan terhenti ketika sedang tidur.

Menyebabkan penyakit akut
Kulat bernama Aspergillus fumigatus akan menyebabkan kondisi Aspergillosis yang boleh mengundang maut jika terkena pada penderita leukemia dan HIV/AIDS.

Mengakibatkan jangkitan
Bakteria bernama Staphylococcus aureus akan menyebabkan jangkitan Staph yang mungkin agak jarang berlaku namun boleh mengakibatkan kematian. Selain itu, bakteria Bacteroides pula boleh menyebabkan jangkitan radang paru-paru dan apendiks.

Tidak lupa juga bakteria fusobacteriaceae dan neisseriaceae yang akan menjejaskan imuniti kepada penyakit jangkitan kelamin khususnya gonorea.

Menimbulkan isu kulit

“Dah Macam Usus Dalam Perut!” Wanita Kongsi Gambar Bantal Busuk Yang Disimpannya Lebih 23 Tahun – sajagempak.comBantal busuk yang tidak dicuci dengan baik serta kerap akan mengakibatkan debu dan habuk tertinggal di situ. Akibatnya, ia akan menjejaskan atau merengsakan kulit badan lalu timbul masalah kulit seperti jerawat dan jeragat. Kadangkala ia juga akan menyebabkan jerawat pada leher.

Kredit: theAsianparent

Leave a Reply

Your email address will not be published.