Satu kekec0han telah berlaku di sebuah h0spital apabila seorang pengawal keselamatan telah dilaporkan mengalami gangguan makhluk halus secara tiba-tiba baru-baru ini.
Mangs4 yang dipercayai bertugas di hospital itu telah dilihat menjerit-jerit meraung sambil ditenangkan oleh petugas lain ketika kejadian.Ins1den itu yang dirakamkan oleh saksi kejadian kini tular di laman Fesbuk dan hangat diperkatakan warganet.
Tidak dapat dipastikan masa dan lokasi sebenar kejadian tetapi jika dilihat berdasarkan video tersebut, lelaki berkenaan bertindak gan4s apabila cuba merempvh beberapa lagi petugas lain.
Meskipun ins1den itu cuba dihentikan, kejadian itu kemudiannya bertukar lebih serius apabila seorang lelaki bertindak melaungkan azan di telinga mangsa.Sebaik laungan azan, mangsa mula merebahkan diri dan berjaya ditenangkan di lokasi kejadian. Di ruangan komen, rata-rata warganet turut meninggalkan pelbagai spekulasi berkenaan kejadian itu.
Masih belum ada sebarang maklumat lanjut berkenaan lokasi dan punca sebenar kejadian setakat ini.
Dibawah antara komen yang ditinggalkan.
“Pengawal itu mesti ada sebab tersendiri dia buat kecoh dan meng4muk, mesti ada pihak yang buat dia hilang sabar sampai jadi macam itu,” kata Nashairul Nizam.
“Nampak macam ada kejadian rasukan, lelaki itu menjerit sambil laungan azan diberikan oleh salah seorang pengawal,” jelas Shukor Seahat.
“Kadang-kadang pelawat suka datang tak ikut peraturan yang ditetapkan, kita kena ingat yang pengawal hanya menjalankan tugas dan arahan diterima daripada majikan bukan main suka-suka mereka bertegas,” Firdaus Zaharudin.