Masih muda Tapi Sudah Kenal erti hidup, Kanak-Kanak Titip Doa buat Insan Tersayang di Pusara bikin Hati Sebak

Satu perkongsian video yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna fesbuk ini benar-benar membuatkan sesiapa sahaja yang menonton rasa tersentuh dan hiba. Kelihatan didalam video seorang kanak-kanak dirakam melawat sebuah pusara yang dipercayai milik salah seorang daripada ibu bapanya.

Dia juga dilihat membaca doa untuk arwah. 

Salah satu daripada ketentuan Tuhan yang paling derita, pedih dan sakit untuk diterima adalah apabila anak kehilangan ibu bapa mereka. Bergantung kepada usia mereka pada masa itu, mereka mungkin akan menghadapinya dengan cara yang berbeza. Kehilangan yang sangat besar ini pasti akan meninggalkan kesan jangka masa panjang pada psikologi mereka dan interpersonal serta meninggalkan parut yang dalam buat anak itu seumur hidup mereka.

Kanak-kanak didalam video juga dilihat turut mengirimkan doa buat arwah yang telah kembali ke Rahmatullah. Apa yang dia rasa mungkin kita juga boleh rasakan, tetapi jauh didalam lubuk hatinya mungkin lebih daripada itu.

Perasaan rindu sudah semestinya terimbaukembali kenangan bersama arwah dahulu. Semoga tabah dan menjadi orang yang berguna ya dik. Juga Semoga berjaya di dunia dan akhirat.

Post Berkaitan

Leave a Reply